Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pesara Mukah diperdaya pelaburan AI, rugi lebih RM914,000
  • SEMASA

Pesara Mukah diperdaya pelaburan AI, rugi lebih RM914,000

Utusan Sarawak 6 hours ago

MUKAH: Seorang pesara kerajaan kerugian RM914,209 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pelaburan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 56 tahun itu pada 2.20 petang semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook menggunakan nama syarikat Arctic Tern Advisory pada 22 Disember 2025 sebelum berhubung dengan seorang individu dikenali sebagai Kamil.

“Mangsa kemudian dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp dikendalikan beberapa individu lain yang mendakwa mewakili syarikat berkenaan sebelum dipujuk melabur melalui platform dikenali Setia Capital Trading dengan modal permulaan RM300,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek mendakwa pelaburan itu menggunakan sistem dagangan automatik berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang kononnya mampu menjana pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Bagi meyakinkan mangsa, suspek memaparkan keuntungan pelaburan RM87,124 sebelum mengarahkan mangsa membuat pelbagai bayaran termasuk fi penebusan, perlindungan keselamatan bank dan penaiktarafan had transaksi bagi membolehkan keuntungan dikeluarkan.

Muhamad Rizal berkata mangsa melakukan 88 transaksi ke 32 akaun bank berbeza melibatkan enam institusi perbankan dari 22 Disember 2025 hingga 6 Mac 2026 dengan jumlah keseluruhan RM914,209.

Beliau berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan modal dan keuntungan dijanjikan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Subsidi petroleum dijangka hampir RM40 bilion tahun ini – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.