Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pegawai dan anggota AKPS perlu terap disiplin tinggi, elak salah guna cuti sakit
  • NASIONAL

Pegawai dan anggota AKPS perlu terap disiplin tinggi, elak salah guna cuti sakit

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengingatkan pegawai serta anggotanya supaya sentiasa menerapkan budaya kerja dengan disiplin tinggi dan tidak menyalahgunakan kemudahan cuti sakit.

Beliau berkata tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai yang didapati menyalahgunakan cuti sakit dan laporan polis akan dibuat terhadap klinik swasta yang mengeluarkan sijil cuti sakit secara tidak sah.

Selain itu, beliau berkata terdapat segelintir pegawai mengamalkan budaya merajuk setelah ditegur pegawai atasan dan kemudiannya mengemukakan cuti sakit yang diragui bagi mengelak datang bekerja.

“Budaya ini akan saya noktahkan dengan tindakan disiplin dan mana-mana klinik swasta yang memberikan surat cuti tidak sah akan saya buat laporan polis,” katanya berucap pada majlis perhimpunan bulanan AKPS di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata amalan mengambil cuti sakit tanpa alasan munasabah khususnya selepas ditegur pegawai atasan merupakan budaya yang perlu dihentikan kerana menjejaskan disiplin dan kelancaran operasi agensi.

“Budaya sebeginilah yang membuatkan sesuatu organisasi penguatkuasaan hilang taringnya apabila penyelia tidak mampu menegur kerana bimbang esok kekurangan anggota untuk menguruskan kaunter-kaunter,” katanya. 

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru seluruh warga AKPS menghayati budaya disiplin yang tinggi dengan mematuhi rantaian arahan serta bersama-sama memperkukuh integriti dan profesionalisme agensi dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga pintu masuk negara.

Terdahulu, Mohd Shuhaily menyaksikan gimik pelancaran Skim Perkhidmatan Penguasa Sempadan, Penolong Penguasa Sempadan dan Pembantu Penguasa Sempadan.

Skim Perkhidmatan AKPS mula berkuat kuasa hari ini sebagai satu lagi mercu tanda penting dalam pembangunan organisasi sekali gus memperkukuh identiti AKPS sebagai agensi tunggal kawalan dan perlindungan sempadan negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tiada kes penipuan pakej haji, badal haji direkodkan musim 1447H/2026M – Zulkifli
Next: Cabutan Prime Bonanza PTPTN tawar hadiah lumayan bernilai hampir RM500,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.