Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penderma darah di Hospital Miri berpeluang terima cenderahati eksklusif sepanjang Julai
  • Utara
  • WILAYAH

Penderma darah di Hospital Miri berpeluang terima cenderahati eksklusif sepanjang Julai

Utusan Sarawak 5 hours ago
JOM DERMA DARAH…Orang ramai digesa tampil menderma darah pada kempen menderma darah bulan Julai ini.

MIRI: Orang ramai digesa tampil menderma darah sepanjang Julai bagi membantu memastikan bekalan darah di Hospital Miri kekal mencukupi untuk kegunaan pesakit yang memerlukan rawatan.

Unit Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Miri dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, kempen bersempena bulan Julai itu bertujuan menyemarakkan budaya pendermaan darah dalam kalangan masyarakat, selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengekalkan bekalan darah yang stabil.

Menurut kenyataan itu, setiap unit darah yang didermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan pemindahan darah akibat kemalangan, pembedahan, komplikasi penyakit atau rawatan perubatan lain.

Sebagai penghargaan kepada penderma, 10 individu terawal yang berjaya menderma darah setiap hari di Tabung Darah Hospital Miri akan menerima pin atau magnet eksklusif, tertakluk kepada stok sedia ada.

Orang ramai yang ingin menderma boleh hadir ke Tabung Darah Hospital Miri pada waktu operasi yang ditetapkan, iaitu Isnin hingga Khamis dari 8.00pagi hingga 12.15 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.15 petang.

Pada Jumaat, waktu operasi adalah dari 8.00 pagi hingga 11.15 pagi serta 2.15 petang hingga 4.15 petang.

Hospital Miri turut menggalakkan masyarakat menjadikan pendermaan darah sebagai amalan berterusan kerana setiap sumbangan mampu menyelamatkan nyawa serta memberi peluang kedua kepada pesakit untuk meneruskan kehidupan.

“Setiap titisan darah adalah harapan dan setiap penderma adalah wira,” menurut kenyataan itu.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kemajuan Sri Aman bukti komitmen kerajaan Sarawak perkasa pembangunan
Next: Pemaju perumahan digesa sedia tapak tangki aras tinggi dalam pembangunan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.