Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Iran kecam layanan ‘tidak adil’ ketika pulang dari Piala Dunia
  • SUKAN

Iran kecam layanan ‘tidak adil’ ketika pulang dari Piala Dunia

Utusan Sarawak 3 hours ago
TEREMI (9) dan rakan sepasukan Ramin Rezaeian kelihatan kecewa selepas tamat perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 antara Mesir dan Iran di Stadium Seattle, Seattle, Washington, AS, 26 Jun 2026. Foto agensi

NEW YORK: Iran melontarkan kritikan terhadap apa yang disifatkan sebagai layanan ‘tidak adil dan tidak bersifat kesukanan’ yang diterima mereka ketika meninggalkan saingan Piala Dunia, lapor PA Media/dpa.

Keputusan seri 1-1 menentang Mesir pada Sabtu, yang menyaksikan satu gol Iran dibatalkan selepas semakan VAR yang panjang, tidak mencukupi untuk Iran mara ke pusingan kalah mati, sekali gus menamatkan kempen mereka dalam kejohanan itu yang turut menyaksikan pasukan berkenaan kerap menyuarakan pelbagai rungutan susulan konflik antara negara mereka dengan Amerika Syarikat (AS).

Pasukan itu pada asalnya dijadualkan berpusat di Arizona, namun kemudiannya berpindah ke Tijuana, Mexico, selain berdepan beberapa sekatan perjalanan bagi perlawanan mereka di AS.

Dalam satu kenyataan ketika berangkat pulang, Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran (FFIRI) mengucapkan terima kasih kepada pihak media atas liputan terhadap situasi yang dihadapi mereka.

“Terima kasih atas profesionalisme, sokongan serta liputan anda bukan sahaja terhadap perjalanan sukan pasukan kami, malah terhadap layanan tidak adil dan tidak bersifat kesukanan yang dialami delegasi kami sepanjang berada di sini,” menurut kenyataan itu.

“Komitmen anda untuk melaporkan fakta dengan tepat dan berintegriti amat bermakna kepada kami.

“Kami juga ingin merakamkan penghargaan yang tulus kepada rakyat Mexico, khususnya warga Bandar Tijuana yang indah serta penduduknya yang baik hati dan mesra. Anda menyambut kami dengan penuh kemurahan hati dan layanan ikhlas sehingga membuatkan kami berasa seperti di rumah sendiri. Meninggalkan Tijuana sememangnya sukar bagi kami semua. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kanada, Afrika Selatan cipta sejarah dalam aksi kalah mati Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.