Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita luar bandar diseru rebut peluang keusahawanan MARA
  • Selatan
  • WILAYAH

Wanita luar bandar diseru rebut peluang keusahawanan MARA

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Rubiah Wang menyampaikan cenderamata kepada peserta pada Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA 2026 di Dewan Masyarakat Lundu, semalam.

LUNDU: Golongan wanita luar bandar diseru agar merebut peluang keusahawanan, latihan, pembiayaan dan bimbingan yang disediakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memperkukuh ekonomi keluarga serta menyumbang kepada pembangunan komuniti secara mampan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, wanita luar bandar mempunyai potensi besar untuk berjaya sebagai usahawan sekiranya memanfaatkan sepenuhnya ekosistem keusahawanan yang ditawarkan MARA.

DATUK Rubiah Wang menyampaikan cenderamata kepada peserta pada Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA 2026 di Dewan Masyarakat Lundu, semalam.

Menurut beliau, kemudahan yang disediakan bukan sahaja merangkumi pembiayaan perniagaan, malah melibatkan latihan, pensijilan, bimbingan dan khidmat nasihat bagi membantu usahawan memulakan serta mengembangkan perniagaan.

“Program pemerkasaan wanita bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan keyakinan peserta, malah membuka ruang kepada mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan, latihan, pembiayaan serta sokongan keusahawanan yang disediakan MARA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA 2026 di Dewan Masyarakat Lundu, semalam.

DATUK Rubiah Wang menyampaikan cenderamata kepada peserta pada Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA 2026 di Dewan Masyarakat Lundu, semalam.

Program anjuran MARA dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia itu menjadi platform memperkasa golongan wanita dan komuniti luar bandar menerusi perkongsian ilmu, pendedahan serta galakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi.

Rubiah berkata, sepanjang lebih enam dekad penubuhan MARA, ramai wanita termasuk di Sarawak telah menerima manfaat melalui pelbagai program dalam bidang pendidikan dan keusahawanan yang berjaya meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Beliau turut menegaskan bahawa usahawan mikro dan kecil, termasuk wanita luar bandar yang mengusahakan produk makanan, jahitan, kuih-muih serta pelbagai perniagaan kecil, mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya diberikan latihan, bimbingan, pensijilan dan sokongan yang bersesuaian.

“Produk kampung juga mampu menembusi pasaran yang lebih luas sekiranya aspek kualiti, pembungkusan, pemasaran dan pengurusan perniagaan terus dipertingkatkan,” katanya.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan Surat Tawaran Pembiayaan MARA, Surat Tawaran Geran MARA serta Bantuan Pendidikan Yayasan MARA kepada 44 murid Sekolah Kebangsaan Sebandi sebagai usaha memperkukuh pembangunan pendidikan dan keusahawanan masyarakat luar bandar.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, Timbalan Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (Profesional), Shahrir Zaman Abdul Wahab, Pengarah MARA Sarawak, Timelow Jauk dan Pegawai Daerah Lundu, Zulkarnain Ismail.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Ngiling Tikai jadi platform kukuh silaturahim pelbagai kaum di Marudi
Next: RTP lulus RM100,000 naik taraf padang futsal Kampung Sungai Buluh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.