Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SPR dijangka bentang cadangan tambah 17 kerusi DUN Sarawak tahun depan
  • SEMASA

SPR dijangka bentang cadangan tambah 17 kerusi DUN Sarawak tahun depan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Fadillah Yusof  ketika ditemui pemberita selepas Program Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang di Sekolah Menengah Sains Kuching, di Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Cadangan penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka hanya dapat dibentangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun depan berikutan masih terdapat beberapa proses dan prosedur yang perlu diselesaikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada SPR, proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak tidak sempat diselesaikan untuk dibentangkan tahun ini.

Menurut beliau, antara proses yang perlu dilaksanakan termasuk pameran cadangan kepada orang awam sebelum memberi ruang kepada sebarang bantahan atau maklum balas mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Berdasarkan maklumat daripada SPR, kemungkinan besar ia tidak sempat dibentangkan tahun ini kerana masih ada beberapa proses dan prosedur yang perlu dilakukan.

“Paling awal, mereka akan mempamerkan cadangan itu kepada orang ramai dan selepas itu akan dibuka ruang untuk bantahan serta maklum balas.

“Jadi, keseluruhan proses itu dijangka mengambil masa dan berkemungkinan hanya dapat dibawa pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang di Sekolah Menengah Sains Kuching, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata beliau tidak dapat mengesahkan bila cadangan tersebut akan dibentangkan kerana perkara itu berada sepenuhnya di bawah bidang kuasa SPR.

“Hal berkaitan persempadanan kerusi ini adalah bidang kuasa SPR dan mereka mempunyai proses serta prosedur tersendiri. Kita tidak campur tangan dalam urusan tersebut,” katanya.

Pada Mac lalu, Fadillah memaklumkan cadangan penambahan 17 kerusi baharu DUN Sarawak disasarkan untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Julai tahun ini.

Ketika itu, beliau berkata sebarang keputusan termasuk perubahan persempadanan kawasan hanya akan diketahui selepas cadangan berkenaan dibentangkan dan mendapat kelulusan Parlimen.

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terkini yang dimaklumkan beliau hari ini, proses tersebut dijangka mengambil masa lebih panjang berikutan masih terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh SPR, sekali gus menyebabkan cadangan itu berkemungkinan hanya dapat dibawa ke Parlimen pada tahun depan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Puteri Wangsa, Machap, Pasir Raja antara kerusi tumpuan PRN Johor
Next: Sarawak masih tunggu keputusan Kementerian Kewangan mengenai formula geran khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.