Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasar Malam Bintulu terus meriah, Jambatan Tun Taib Mahmud jadi tarikan
  • Utara
  • WILAYAH

Pasar Malam Bintulu terus meriah, Jambatan Tun Taib Mahmud jadi tarikan

Utusan Sarawak 1 day ago
PANORAMA Pasar Malam Bintulu semakin memikat apabila berlatarbelakangkan Jambatan Tun Taib Mahmud pada waktu senja, sekali gus menjadikan lokasi itu bukan sahaja tumpuan membeli-belah, malah destinasi santai dan fotografi bagi pengunjung.

BINTULU: Beroperasi setiap hari, Pasar Malam Bintulu terus menjadi antara destinasi paling popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang ingin menikmati suasana malam sambil membeli pelbagai keperluan harian serta juadah tempatan.

Keunikan pasar malam ini bukan sahaja terletak pada kepelbagaian jualannya, malah turut diperkaya dengan panorama indah Jambatan Tun Taib Mahmud yang menjadi latar belakang ikonik.
Apabila senja melabuhkan tirai, gabungan cahaya lampu gerai dan jambatan mewujudkan suasana yang cukup mempesonakan.

Setiap petang, ratusan gerai mula beroperasi dengan menawarkan pelbagai hasil laut segar, ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan tradisional, kuih-muih serta makanan siap dimasak.

DERETAN gerai di Pasar Malam Bintulu menawarkan pelbagai juadah, makanan tradisional dan hasil tempatan, sekali gus menjadi sumber rezeki kepada peniaga kecil yang beroperasi setiap hari. 

Kepelbagaian pilihan ini menjadikan pasar malam tersebut sebagai destinasi utama masyarakat untuk mendapatkan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

Lebih menarik, pengunjung bukan sekadar datang untuk membeli-belah. Ramai mengambil kesempatan untuk bersiar-siar bersama keluarga, menikmati pelbagai hidangan jalanan serta merakam gambar berlatarbelakangkan Jambatan Tun Taib Mahmud yang tersergam megah, sekali gus menjadikan kawasan itu semakin fotogenik.

Bagi para peniaga, kehadiran pengunjung yang konsisten setiap hari membuka peluang untuk menjana pendapatan secara berterusan.

PELBAGAI jualan termasuk hasil laut, ayam, daging, sayur-sayuran dan makanan segar menjadi tarikan utama pengunjung ke Pasar Malam Bintulu pada setiap malam.  


Suasana yang sentiasa hidup menjadikan Pasar Malam Bintulu sebagai nadi ekonomi kepada ramai peniaga kecil dan usahawan tempatan.

Seiring dengan pembangunan pesat Bintulu, Pasar Malam Bintulu membuktikan bahawa pasar tradisional masih mempunyai tempat istimewa di hati masyarakat.

Dengan latar mercu tanda baharu bandar, pasar malam ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat jual beli, malah turut menjadi ruang sosial yang mempertemukan masyarakat berbilang kaum dalam suasana yang harmoni dan meriah setiap malam.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiada gangguan Operasi Loji Air Salim, bekalan air kekal selamat
Next: Sukan sekolah bantu bentuk disiplin, semangat juang murid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.