FAIZAL BUJANG
KELAB sukan permotoran terkemuka Puaka Bike Community mengambil inisiatif dengan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan menerusi Program Jejak Insani Bersama Puaka Komuniti 2020.
Sebanyak 300 bungkus juadah telah disediakan untuk diagihkan kepada golongan sasar selain orang awam.
Pengerusi Puaka Bike Community, Lisna Lisdiawati memberitahu, program tersebut turut mendapat sokongan serta kerjasama 24 kelab permotoran lain.
“Ini merupakan program tahun ini dengan menyediakan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan yang melaksanakan tanggungjawab mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujar Lisna ketika mengulas perkara itu.
Beliau menambah, agihan juadah berbuka puasa itu tidak hanya tertumpu kepada petugas di Bahagian Samarahan malah mencakupi dua bahagian lain iaitu Kuching dan Serian.
“Apa pun, kita berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris atas sokongan diberikan dalam menjayakan program ini,” tambah Lisna lagi.
Beliau turut menyatakan kelab permotoran sukan lain yang turut serta ialah Chooppers Garage Motor Club, Various Rider Community, GMC, Geng Lepak Rider Crew, Yamaha Lagenda Kuching, Yamaha Lagenda Serian, Broken Heard Riders Community, Sarawak D2ooper, Penjahat Custom, Sarawak Rider LC, MBC Malaysia, Wings Motors Gang Society Kuching, Abu Abu Bikers BC, Geng Kaki Nguar, Yamaha R25, Sematan Ladies Rider Club, Kembara Amal Bakti, Pencinta Dua Roda, Yamaha Honda Bersatu, Santai Raider Crew, King/Queen Kuching, Sarawak 2800 Community dan PDR.