Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bomba berjaya kawal kebakaran longgokan sampah
  • KEBAKARAN

Bomba berjaya kawal kebakaran longgokan sampah

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEBAKARAN longgokan sampah berlaku di di Jalan Susur Jambu Barat pada semalam. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Susur Jambu Barat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.11 pagi semalam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Redzuan Hussain dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati berlaku kebakaran longgokan sampah,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, komander operasi mengarahkan anggota bomba menggunakan salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera untuk memadam kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada 9.27 pagi.

“Pasukan bomba turut memastikan tiada lagi sisa bara atau punca panas yang boleh menyebabkan kebakaran berulang sebelum meninggalkan lokasi,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau membuang bahan mudah terbakar secara sembarangan kerana boleh mengundang risiko kebakaran.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiga lot kedai makan terbakar 40 peratus di Batu Kawa
Next: Kereta musnah dalam kebakaran berhampiran jejambat Satok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.