Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan akses baharu Selangau tingkat perhubungan, pacu ekonomi setempat
  • TEMPATAN

Jalan akses baharu Selangau tingkat perhubungan, pacu ekonomi setempat

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika mengadakan lawatan kerja ke projek jalan akses baharu dari Lebuh Raya Pan Borneo ke Pekan Selangau, hari ini. Foto: JKR Sarawak.

SELANGAU: Penyediaan jalan akses baharu sepanjang 450 meter yang menghubungkan Lebuh Raya Pan Borneo dengan Pekan Selangau membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh jaringan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek yang siap pada Mei lalu itu bukan sahaja memudahkan pergerakan harian penduduk, malah meningkatkan aspek keselamatan pengguna jalan raya serta merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika mengadakan lawatan kerja ke projek jalan akses baharu dari Lebuh Raya Pan Borneo ke Pekan Selangau, hari ini. Foto: JKR Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke projek tersebut hari ini, yang merupakan lokasi pertama dalam siri lawatan beliau ke beberapa projek pembangunan di Bahagian Sibu.

Ketibaan beliau disambut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Datu Dr Cassidy Morris, yang menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan projek, termasuk skop pembinaan serta manfaat yang dinikmati masyarakat setempat.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika mengadakan lawatan kerja ke projek jalan akses baharu dari Lebuh Raya Pan Borneo ke Pekan Selangau, hari ini. Foto: JKR Sarawak.

“Walaupun jalan akses ini mungkin kelihatan kecil dari segi jaraknya, impaknya amat besar kepada penduduk. Laluan yang lebih baik akan memudahkan pergerakan harian, meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan ini,” katanya.

Jalan akses yang dibina mengikut piawaian jalan JKR R3 itu menyediakan laluan yang lebih lancar dan selamat antara Lebuh Raya Pan Borneo dengan Pekan Selangau, sekali gus memudahkan urusan harian penduduk serta pengguna jalan raya.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika mengadakan lawatan kerja ke projek jalan akses baharu dari Lebuh Raya Pan Borneo ke Pekan Selangau, hari ini. Foto: JKR Sarawak.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKR Sarawak atas komitmen dan dedikasi dalam menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual sehingga dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

Uggah berkata, kerajaan Sarawak akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur berkualiti bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan perhubungan yang lebih selesa, selamat dan cekap.

Menurut beliau, pembangunan infrastruktur akan terus diperkasakan kerana ia bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup rakyat, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan kawasan.

Projek berkenaan dijangka terus memperkukuh jaringan perhubungan di Selangau, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kawasan sekitarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Jalan Abell berpotensi jadi hab automotif baharu Kuching
Next: Program bantuan lesen memandu B2 Mas Gading ditangguh, 750 peserta terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.