Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerjasama Sarawak, ATM diperkukuh demi keselamatan sempadan
  • SEMASA

Kerjasama Sarawak, ATM diperkukuh demi keselamatan sempadan

Utusan Sarawak 5 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama Panglima 1 Divisyen Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusof selepas kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan keselamatan sempadan negeri sentiasa terpelihara, di samping menyokong pembangunan kawasan sempadan secara bersepadu.

Komitmen itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat Panglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusof kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Pertemuan tersebut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara Markas 1 Divisyen Infantri dengan kerajaan Sarawak selain membincangkan pelbagai perkara berkaitan aspek keselamatan dan pembangunan negeri.

Antara fokus utama perbincangan ialah kemas kini situasi keselamatan semasa di Sarawak, khususnya melibatkan kawalan di kawasan sempadan bagi memastikan negeri ini terus berada dalam keadaan selamat, aman dan terkawal.

Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai pendekatan yang lebih berkesan dan menyeluruh bagi memperkukuh pengawasan keselamatan di kawasan sempadan selaras dengan keperluan keselamatan semasa.

Selain aspek keselamatan, pertemuan itu turut menyentuh kerjasama strategik dalam pembangunan infrastruktur di kawasan sempadan yang bukan sahaja mampu memperkukuh keupayaan operasi pasukan keselamatan, malah memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Pada masa sama, Mejar Jeneral Mohd Sobirin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak serta agensi berkaitan atas sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan kepada 1 Divisyen Infantri Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan keselamatan negeri.

Beliau menyifatkan hubungan erat antara kerajaan negeri dan ATM sebagai antara faktor penting dalam memastikan kestabilan, keamanan serta pembangunan kawasan sempadan dapat terus diperkasakan.

Turut hadir Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Khairuddin Zakaria serta Panglima 31 Briged, Brigedier Jeneral Azman Md Zain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MAA berharap kerajaan perluas beri tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik MPV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.