Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea teruja cipta kenangan baharu bersama penyokong di Malaysia
  • SUKAN

Chelsea teruja cipta kenangan baharu bersama penyokong di Malaysia

Utusan Sarawak 9 hours ago
Chelsea FC

KUALA LUMPUR: Chelsea FC menyifatkan perlawanan persahabatan menentang juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 9 Ogos depan sebagai peluang terbaik untuk mendekati semula peminat di Malaysia dan Asia Tenggara.

Pengarah Operasi Bola Sepak Chelsea FC, Pete Nuttall berkata, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mempunyai kelompok penyokong yang luar biasa di rantau ini sekali gus menjadikan perlawanan tersebut cukup istimewa buat semua pihak yang bersama The Blues.

“Kami teruja untuk beraksi di stadium ikonik ini dan mencipta kenangan baharu bersama penyokong kami – ia pasti menjadi satu pengalaman istimewa untuk semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aksi persahabatan itu dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor dengan sepak mula pada 8.00 malam.

Pertemuan itu turut menjadi sebahagian daripada persiapan pramusim Chelsea di bawah bimbingan Xabi Alonso menjelang saingan musim 2026-2027, selain memberi peluang kepada penyokong bola sepak tempatan menyaksikan kelab ternama England itu beraksi di Malaysia.

Chelsea kali terakhir berkunjung ke Malaysia pada 2013 yang menyaksikan juara Piala Dunia Kelab itu mencatat kemenangan 4-1 ke atas pasukan kebangsaan pada pertembungan di Stadium Shah Alam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Velodrom Sarawak berdepan pelarasan tanah, jejaskan perincian akhir perancangan
Next: Piala Dunia: Pertembungan Mbappe-Haaland jadi tumpuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.