Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah lolos ke suku akhir

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR, 16 Oktober: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark selepas menumpaskan gandingan Hong Kong Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam.

Pada aksi yang berlangsung di SJF Bank Arena di Odense, pilihan kedua kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menang 21-12, 21-19.

Pada aksi suku akhir esok, pasangan Malaysia itu akan bertemu gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand yang mengejutkan pilihan kelima dari Indonesia Rachel Allessya-Rose Febi Setianingrum menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-17.

Sementara itu, hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk meneruskan kemaraan tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan tuan rumah, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-17, 21-18. – Bernama

“Kami layak menang” – Aidil Sharin

PETRA JAYA, 16 Oktober: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menegaskan pasukannya layak memenangi perlawanan menentang Kitchee SC