Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUPP: Had subsidi diesel 200 liter tidak sesuai dengan realiti Sarawak
  • TEMPATAN

SUPP: Had subsidi diesel 200 liter tidak sesuai dengan realiti Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
NAIB Pengerusi Pusat Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kelvin Hii

MIRI: Pelaksanaan had subsidi diesel sebanyak 200 liter disifatkan tidak mengambil kira keadaan geografi dan corak perjalanan rakyat Sarawak yang jauh berbeza berbanding Semenanjung Malaysia.

Naib Pengerusi Pusat Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kelvin Hii berkata, keluasan Sarawak yang hampir menyamai keseluruhan Semenanjung Malaysia menyebabkan penduduk, khususnya di luar bandar, perlu menempuh perjalanan melebihi 100 kilometer untuk urusan harian, sekali gus menjadikan had subsidi tersebut tidak mencukupi.

Menurut beliau, daripada 700,000 kenderaan di seluruh negara yang dijangka menerima subsidi diesel, sekitar 300,000 daripadanya berada di Sarawak, sekali gus menunjukkan negeri itu antara yang paling terkesan dengan pelaksanaan dasar berkenaan.

Katanya, walaupun Kerajaan Persekutuan memaklumkan pelaksanaan dasar itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa, rakyat Sarawak tidak sepatutnya dijadikan ‘tikus makmal’ bagi menguji keberkesanan sesuatu dasar.

“Masalah sepatutnya dicegah sebelum berlaku, bukannya menunggu sehingga rakyat terbeban terlebih dahulu sebelum penambahbaikan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelvin berkata, kerajaan sepatutnya menetapkan kuota subsidi diesel yang lebih tinggi pada peringkat awal sebelum membuat pelarasan berdasarkan data penggunaan sebenar.

Beliau menegaskan had 200 liter tidak mencukupi terutama bagi pemilik kenderaan diesel di kawasan luar bandar yang perlu berulang-alik antara bahagian, kampung dan bandar bagi urusan pekerjaan serta keperluan harian.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mempersoalkan tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mengulas isu berkenaan melalui media, sedangkan parti itu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sebagai parti yang mempunyai bilangan Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan, DAP seharusnya menggunakan saluran dalaman termasuk Kabinet untuk meneliti dan memperbaiki dasar yang memberi kesan kepada rakyat.

Menurutnya, sekiranya DAP sendiri gagal memperjuangkan penambahbaikan dasar dalam kerajaan yang mereka anggotai, sukar untuk parti itu mendakwa berperanan sebagai kuasa semak dan imbang yang berkesan.

Kelvin turut mendakwa DAP terus menyalahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhubung isu berkenaan, berbanding mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikannya di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Cabaran Basikal Samarahan 2026 cecah sedekad, terus lahirkan pelumba berpotensi
Next: Pembinaan SMK Selangau dahului jadual, capai kemajuan fizikal 64.72 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.