Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua beradik ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas di Sibu
  • JENAYAH

Dua beradik ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto olahan AI

SIBU: Dua beradik ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita warga emas berusia 76 tahun yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan di sebuah kediaman di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.54 petang.

Menurutnya, sejurus menerima laporan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca kejadian serta mengesan individu yang terlibat.

“Hasil siasatan, polis berjaya menahan dua suspek tempatan yang merupakan adik-beradik, masing-masing berusia 45 dan 48 tahun, bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Sibu hari ini bagi permohonan perintah reman untuk membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta, jika tidak dihukum mati, dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika disabitkan kesalahan.

Abang Zainal berkata, siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan polis.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Hasrat miliki Toyota Alphard lebur, peniaga rugi RM109,750 di Mukah
Next: Tiga lelaki ditahan bersama ketamin bernilai RM3,100 di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.