Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pintu sentiasa terbuka buat Tze Yong – Jonassen
  • SUKAN

Pintu sentiasa terbuka buat Tze Yong – Jonassen

Utusan Sarawak 10 hours ago
Kenneth Jonasse

KUALA LUMPUR: Pengarah kejurulatihan perseorangan negara Kenneth Jonassen tidak menutup pintu buat Ng Tze Yong untuk kembali menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM), biarpun sudah memutuskan untuk bergerak sebagai pemain profesional.

Jonassen berkata keputusan itu dibuat hasil beberapa siri perbincangan secara terbuka dan jujur antara kedua-dua pihak, selain disifatkan sebagai penyelesaian terbaik untuk semua yang terlibat.

“Saya sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka. Jika dia memutuskan untuk kembali, dia tahu dia sentiasa dialu-alukan di sini,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini hari ini.

PARA pemain badminton negara menjalani sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini sebagai persiapan menghadapi kejohanan akan datang. Foto BERNAMA

Beliau berkata bukan mudah untuk melepaskan pemain yang memiliki bakat semula jadi dan potensi besar seperti Tze Yong, lebih-lebih lagi beliau menantikan peluang untuk bekerjasama rapat dengan pemain berusia 26 tahun itu sejak menyertai BAM pada 2024.

“Daripada sudut peribadi, memang sukar untuk kehilangan seorang pemain yang mempunyai kualiti, potensi dan bakat semula jadi seperti Tze Yong. Dia sememangnya seorang pemain badminton sangat berbakat,” katanya.

Bagaimanapun, Jonassen yakin Tze Yong masih mampu menghidupkan semula kariernya jika berjaya pulih sepenuhnya daripada aspek fizikal serta kembali memiliki semangat dan keazaman untuk bersaing di peringkat tertinggi.

“Saya benar-benar percaya jika dia dapat pulihkan keadaan fizikal dan tahap kecergasannya, masa depannya dalam badminton masih sangat cerah,” katanya.

Terdahulu, BAM dan pemain perseorangan lelaki negara itu mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kerjasama mereka berkuat kuasa 30 Jun. – Bernama

Continue Reading

Previous: Turkiye tewaskan Amerika Syarikat 3-2 dengan jaringan minit akhir
Next: Velodrom Sarawak berdepan pelarasan tanah, jejaskan perincian akhir perancangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.