Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Hasrat miliki Toyota Alphard lebur, peniaga rugi RM109,750 di Mukah
  • JENAYAH

Hasrat miliki Toyota Alphard lebur, peniaga rugi RM109,750 di Mukah

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR hiasan.

MUKAH: Hasrat seorang peniaga memiliki kenderaan mewah jenis Toyota Alphard tidak kesampaian apabila menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian dengan kerugian RM109,750.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, laporan kejadian diterima sekitar 11.30 malam tadi membabitkan mangsa lelaki berumur 48 tahun warga tempatan.

Menurutnya, kejadian bermula pada 9 April lalu selepas mangsa melihat iklan yang menawarkan jualan sebuah kenderaan Toyota Alphard keluaran 2021 pada harga RM133,000.

“Mangsa kemudiannya berurusan pembelian kenderaan tersebut melalui aplikasi whatsapp dan diminta mengemukakan dokumen bagi tujuan permohonan pinjaman.

“Suspek memaklumkan bahawa permohonan pinjaman telah diluluskan, namun mangsa diarah membuat pelbagai bayaran kononnya bagi tujuan deposit, urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kastam, skor kredit, refund, surat pindah milik serta pembatalan pinjaman,” katanya menerusi kenyataan hari ini

Beliau berkata, mangsa telah membuat sebanyak 22 transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank yang berbeza antara 9 April hingga 25 Jun 2026 melibatkan jumlah keseluruhan kerugian RM109,750.

“Selepas mangsa membuat bayaran terakhir sebanyak RM11, 450 bagi tujuan kononnya proses pembatalan pinjaman, suspek masih menuntut bayaran tambahan sebanyak RM7,000 sebelum kenderaan dapat dihantar,” ujarnya lagi.

Katanya, mangsa mula menyedari dirinya telah diperdaya apabila kenderaan yang dijanjikan tidak diterima dan wang yang telah dibayar juga tidak dipulangkan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, lebih dua kilogram ganja dirampas dalam serbuan di Kuching
Next: Dua beradik ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.