Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Australia tempah slot kalah mati, ikat Paraguay tanpa gol
  • SUKAN

Australia tempah slot kalah mati, ikat Paraguay tanpa gol

Utusan Sarawak 1 day ago
JORDAN Bos dari Australia meraikan selepas keputusan seri 0-0 dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia 2026 antara Paraguay dan Australia di Stadium San Francisco Bay Area, California sebentar tadi. Foto AFP

SANTA CLARA, Amerika Syarikat: Australia layak ke peringkat kalah mati Piala Dunia sebentar tadi selepas mencatat keputusan seri 0-0 menentang Paraguay di Santa Clara, sekali gus meraih tempat kedua Kumpulan D.

Socceroos yang menewaskan Turki dalam perlawanan pembukaan sebelum tewas kepada Amerika Syarikat tidak menghadapi banyak ancaman sepanjang perlawanan tersebut dan berjaya mengutip satu mata penting untuk mara ke pusingan 32 terbaik di Stadium San Francisco Bay Area, California.

Pemain Australia meraikan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia 2026 antara Paraguay dan Australia di Stadium San Francisco Bay Area, Santa Clara, California sebentaer tadi. Foto AFP

Ia merupakan kali ketiga Australia berjaya melangkah melepasi peringkat kumpulan dalam tujuh penampilan mereka di Piala Dunia.

Keputusan seri itu turut meletakkan Paraguay kekal di landasan untuk mara ke peringkat kalah mati sebagai salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik dalam peringkat kumpulan.

JULIO Enciso dari Paraguay diasak oleh Jackson Irvine dari Australia semasa perlawanan Kumpulan D Piala Dunia 2026 antara Paraguay dan Australia di Stadium San Francisco Bay Area, Santa Clara, California sebentar tadi. Foto AFP

Amerika Syarikat telah pun mengesahkan tempat pertama Kumpulan D walaupun tewas 3-2 kepada Turki di Los Angeles sebentar tadi. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tze Yong berguru dengan Joo Ven, mulakan langkah baharu secara profesional
Next: Nasib Tang Jie ke Kejohanan Dunia bergantung pemulihan Ee Wei – Nova

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.