Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Filem “Dear You” sampaikan mesej kasih sayang dan pengorbanan
  • Utara
  • WILAYAH

Filem “Dear You” sampaikan mesej kasih sayang dan pengorbanan

Utusan Sarawak 1 day ago
JOHNNY Pang bergambar bersama dengan penonton yang turut hadir memeriahkan program Menonton Filem Bersama YB: “Dear You” di pawagam Golden Screen Cinema (GSC), Pusat Beli-Belah The Spring Bintulu, semalam.

BINTULU: Masyarakat digalakkan untuk menonton lebih banyak filem yang mengangkat nilai pendidikan, sejarah dan kemanusiaan kerana ia mampu memberi manfaat di luar aspek hiburan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, filem “Dear You” merupakan antara karya yang menyampaikan mesej bermakna mengenai kasih sayang, kekeluargaan dan pengorbanan, selain mengajak penonton menghayati sejarah penghijrahan generasi terdahulu ke rantau Asia Tenggara.

“Filem ini bukan sahaja menghiburkan, malah sarat dengan mesej yang menyentuh emosi penonton melalui penceritaan yang dekat dengan kehidupan manusia, khususnya berkaitan hubungan kekeluargaan dan pengorbanan.

“Antara pengajaran penting yang diketengahkan dalam filem “Dear You” ialah kepentingan mengamalkan nilai kasih sayang, empati dan kemanusiaan dalam kehidupan seharian, selain menghargai pengorbanan serta jasa generasi terdahulu yang banyak berkorban demi masa depan keluarga dan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Menonton Filem Bersama YB: “Dear You” di pawagam Golden Screen Cinema (GSC), Pusat Beli-Belah The Spring Bintulu, semalam.

Johnny Pang berkata, filem yang mengetengahkan kisah berasaskan sejarah dan nilai kehidupan mampu menjadi medium berkesan untuk memupuk empati, menghargai jasa generasi terdahulu serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak karya seumpama ini diterbitkan bagi memperkayakan industri perfileman dengan kandungan yang mampu memberi inspirasi dan pengajaran kepada masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rasa Fest Bintulu angkat warisan seni budaya Sarawak
Next: Projek RTP RM50,000 Taman Mei Lee selesai, diserah kepada MPP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.