Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan perkhidmatan Internet di Lawas berlarutan hampir seminggu
  • Utara
  • WILAYAH

Gangguan perkhidmatan Internet di Lawas berlarutan hampir seminggu

Utusan Sarawak 11 hours ago
UJIAN KELAJUAN….hasil yang mengecewakan di kawasan Kampung Banting Lawas dan sekitarnya.

LAWAS: Gangguan perkhidmatan internet yang melibatkan pengguna rangkaian Celcom di daerah ini dilaporkan berlarutan hampir seminggu sehingga hari ini, sekali gus menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.

Ujian kelajuan internet yang dilakukan menerusi platform ujian kelajuan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan, sekali gus menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pengguna.

Penulis yang turut menggunakan perkhidmatan rangkaian berkenaan sejak sekian lama juga terkesan dengan gangguan tersebut apabila berdepan kesukaran untuk menghantar bahan berita dalam tempoh berkenaan.

Pengguna berharap pihak pembekal perkhidmatan telekomunikasi serta agensi berkaitan dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah gangguan internet yang berlaku di Lawas.

Sebelum ini, beberapa pertemuan telah diadakan melibatkan pihak SKMM, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan Sarawak Cable Berhad (SACOFA) bagi membincangkan isu berkaitan perkhidmatan telekomunikasi di daerah tersebut.

Berdasarkan maklum balas daripada pertemuan itu, pihak SACOFA telah diminta meningkatkan mutu perkhidmatan serta menangani isu-isu teknikal di lapangan yang berada di bawah seliaan mereka.

Masalah telekomunikasi yang berlarutan itu dilihat menjejaskan pelbagai urusan harian masyarakat, khususnya dalam era digital yang semakin bergantung kepada capaian internet yang stabil dan berkualiti.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong, mengakui telah menerima aduan berkaitan gangguan perkhidmatan internet tersebut.

Beliau memberi jaminan akan membawa perkara itu kepada perhatian kementerian yang bertanggungjawab serta mengadakan pertemuan bagi mendapatkan penyelesaian dan tindakan susulan yang sewajarnya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Dana aktiviti dan kemudahan pembelajaran sekolah pedalaman perlu diperkasa
Next: Wilfred Yap kekal komited berkhidmat untuk Kota Sentosa meskipun berdepan cabaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.