Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • ​Polis tumpaskan kegiatan loteri haram di pondok kaki lima Roban
  • JENAYAH

​Polis tumpaskan kegiatan loteri haram di pondok kaki lima Roban

Utusan Sarawak 12 hours ago
LOKASI kegiatan jual beli nombor loteri haram di Roban. Foto: IPD Saratok

ROBAN: Kegiatan seorang lelaki tempatan menjual nombor loteri haram di sebuah pondok berhampiran kedai makan di Roban terbongkar apabila suspek ditahan dalam serbuan polis, semalam.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan bahawa tangkapan tersebut dilakukan sekitar 12.38 tengah hari oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok. 

Menurut beliau, suspek yang berusia 30 tahun dan berasal dari Kerupok, Saratok itu didapati berada di dalam pondok berkenaan dalam keadaan berseorangan semasa serbuan dijalankan oleh pihak berkuasa.

​Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis berjaya merampas sebuah telefon bimbit jenama Vivo Y21 5G bersama sejumlah wang tunai pelbagai denominasi yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram tersebut. 

Walau bagaimanapun, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek menunjukkan keputusan negatif dadah.

​Siasatan awal mendedahkan bahawa suspek yang masih belum berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu mengaku terlibat sebagai ejen jualan loteri awam haram demi menjana pendapatan sampingan.

Aktiviti jenayah tersebut dikesan telah beroperasi sejak dua minggu lalu dengan menyasarkan pelanggan di sekitar kawasan Pekan Roban.

​Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan pihak polis mengesahkan status siasatan bagi kes ini telah selesai untuk tindakan lanjut.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Milton Foo gesa siasatan telus kes dakwaan serangan seksual pelajar
Next: Lima positif dadah, dua ditahan terlibat judi dalam operasi polis di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.