Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Garis panduan LAE diumum hujung tahun ini, perkasa kawal selia dan tadbir urus industri – Loke
  • BISNES

Garis panduan LAE diumum hujung tahun ini, perkasa kawal selia dan tadbir urus industri – Loke

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke (dua, kiri) ketika sidang media selepas merasmikan ‘Low Altitude Economy Forum 2026’ hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Jana Santhiran (kanan), Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud (dua, kanan). Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Garis panduan Ekonomi Altitud Rendah (LAE) dijangka diumumkan hujung tahun ini, sekali gus menjadi kerangka pengawalseliaan, operasi dan tadbir urus bagi menyokong integrasi ruang udara yang selamat dalam sektor ekonomi itu. 

Dalam sidang media selepas merasmikan forum LAE di sini hari ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata garis panduan yang sedang dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu dijangka diumumkan pada Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2026.

Beliau berkata LAE ialah satu peluang ekonomi yang signifikan untuk Malaysia kerana sektor mobiliti udara maju atau Advanced Air Mobility (AAM), dan teknologi dron kini berkembang pesat dengan pelaburan bernilai berbilion dolar sedang dilaksanakan oleh kerajaan dan industri di seluruh dunia.

“Negara-negara di seluruh dunia kini sedang giat membangunkan dasar, teknologi dan ekosistem masing-masing bagi merebut peluang ekonomi yang sedang muncul ini.

“Bagi Malaysia, ini bukan sekadar peluang dalam sektor penerbangan tetapi ia peluang untuk menarik pelaburan bernilai tinggi, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, memperkukuh ekosistem teknologi tempatan dan meningkatkan daya saing negara pada peringkat serantau dan global,” katanya.

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke menyampaikan ucapan pada Forum Ekonomi Ketinggian Rendah 2026 sulung hari ini. Foto BERNAMA

LAE merujuk kepada aktiviti ekonomi dan perkhidmatan awam yang dijalankan dalam ekosistem ruang udara altitud rendah melalui penggunaan teknologi seperti dron, AAM, logistik udara, pemeriksaan infrastruktur, pertanian pintar dan perkhidmatan kecemasan.

Loke berkata aspek keselamatan amat dititikberatkan dalam pembangunan sektor LAE di negara ini kerana ia melibatkan sektor penerbangan negara di bawah kawal selia CAAM.

“Ini satu aspek penting yang peranannya dimainkan oleh CAAM kerana mereka adalah technical regulator (pengawal atur teknikal) kepada industri penerbangan.

“Jadi apa-apa sahaja yang terbang dalam ruang udara kita mesti mendapat kelulusan daripada CAAM. Jadi sekarang ini kita nak pastikan supaya (garis panduan yang diperkenalkan) dapat memberikan ruang kepada industri LAE ini berkembang pesat dalam negara kita,” katanya.

Loke berkata sektor LAE memang wujud di Malaysia, dan ia kini diaplikasikan dalam sektor pertanian, iaitu penggunaan dron bagi pertanian pintar.

“Penggunaan dron sudah semakin biasa sekarang termasuk oleh pihak media menggunakan dron untuk mendapat video, mendapat gambaran, visual dan sebagainya. 

“Jadi apa sahaja yang beroperasi di ruang udara perlu ada kawal sedia untuk memastikan keselamatan,” katanya.

Turut hadir  Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin, Pengerusi CAAM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dan Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong aktiviti pembelian saham murah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.