Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa batik 1.8 meter masuk rumah, APM Sri Aman bertindak pantas
  • Selatan
  • WILAYAH

Ular sawa batik 1.8 meter masuk rumah, APM Sri Aman bertindak pantas

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA APM berjaya menangkap seekor ular sawa batik yang menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah kediaman penduduk di Jalan Batang Lupar, pagi tadi. Foto: APM Sri Aman

SIMANGGANG: Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman berjaya menyelamatkan sebuah keluarga daripada ancaman seekor ular sawa batik sepanjang 1.8 meter yang menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah di Jalan Batang Lupar, pagi tadi.

​Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang orang awam dikenali sebagai Philip pada 8.52 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

​”Sepasukan anggota yang diketuai SM (PA) Sprin Joe bersama tiga anggota lain segera bergerak ke lokasi menggunakan jentera JMC LRV dan tiba dalam tempoh sembilan minit kerana jarak lokasi hanya satu kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​Sebaik tiba di rumah tersebut, pemeriksaan lanjut mendapati seekor ular sawa batik sedang bersembunyi di bawah kabinet rumah berkenaan.

​Mengulas lanjut mengenai operasi itu, anggota APM bertindak cekap menggunakan teknik menjerut dan mengambil masa sekitar 18 minit untuk menangkap reptilia tersebut sepenuhnya tanpa sebarang insiden tidak diingini.

​Operasi tamat sepenuhnya pada 9.19 pagi dan reptilia berkenaan dibawa balik ke PKOD Sri Aman untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Leftenan Kamal turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan haiwan liar, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Buaya gergasi 3.96 meter ditangkap di Tebingan Kuching
Next: Ular cincin emas 0.6 meter ceroboh tempat kerja berjaya ditangkap APM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.