Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya gergasi 3.96 meter ditangkap di Tebingan Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

Buaya gergasi 3.96 meter ditangkap di Tebingan Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEEKOR buaya gergasi berukuran sekitar 3.96 meter yang sebelum ini kerap muncul di kawasan Tebingan Kuching berjaya ditangkap dalam operasi awal pagi sekitar 4.00 pagi tadi. Foto: Facebook Eric Cat

KUCHING: Seekor buaya gergasi berukuran kira-kira 3.96 meter yang sebelum ini kerap muncul di kawasan Tebingan Kuching berjaya ditangkap dalam operasi awal pagi sekitar 4.00 pagi tadi, sekali gus menamatkan kegusaran orang ramai di kawasan tumpuan pelancong itu.

Reptilia berkenaan dipercayai berjaya dipancing menggunakan umpan sebelum ditarik naik oleh pasukan penangkap buaya selepas beberapa percubaan sebelum ini tidak berhasil, dengan lokasi kejadian turut melibatkan sekitar tebingan Sungai Sarawak.

Operasi bersepadu itu diketuai Eric Cat, pemegang lesen sah menangkap buaya di Sarawak yang turut digelar ‘Raja Air Tawar’, yang segera menggerakkan pasukan sebaik menerima maklumat mengenai penampakan haiwan berkenaan.

Beliau bersama pasukan berjaya melaksanakan tangkapan dengan selamat tanpa sebarang insiden tidak diingini, dan turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota yang terlibat kerana komitmen dalam menjaga keselamatan orang awam.

Dalam pada itu, tangkapan berkenaan turut menarik perhatian orang ramai serta pengguna media sosial yang menyifatkan kejayaan tersebut sebagai tindakan pantas dalam mengelakkan risiko kepada pengunjung di kawasan Tebingan Kuching.

Continue Reading

Previous: RM200,000 untuk pembinaan chapel, pembangunan Stumbin terus diberi perhatian
Next: Ular sawa batik 1.8 meter masuk rumah, APM Sri Aman bertindak pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.