Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis sahkan lelaki hilang 10 hari ditemui selamat
  • Tengah
  • WILAYAH

Polis sahkan lelaki hilang 10 hari ditemui selamat

Utusan Sarawak 5 hours ago
JOBENI Akau, 51, ditemui oleh pasukan pencari ketika sedang berjalan kaki di kawasan simpang Rumah Panjang Jimbun, Sungai Sawa Ibus, Jalan Selalang kira-kira 9.00 malam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Misteri kehilangan seorang lelaki selama 10 hari selepas keluar ke kebun sawit di Kampung Empayang, Kabong akhirnya terungkai apabila mangsa ditemui dalam keadaan selamat semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jobeni Akau, 51, ditemui oleh pasukan pencari ketika sedang berjalan kaki di kawasan simpang Rumah Panjang Jimbun, Sungai Sawa Ibus, Jalan Selalang kira-kira 9.00 malam.

Menurut beliau, laporan orang hilang dibuat oleh adik mangsa Jonical Usang Akau, 32, pada 3.26 petang selepas mangsa gagal dikesan sejak 12 Jun lalu apabila keluar ke kebun sawit di Kampung Empayang.

“Siasatan mendapati kehilangan mangsa hanya disedari pada 13 Jun apabila makanan yang dihantar oleh adiknya didapati langsung tidak terusik di kebun tersebut.

“Mangsa yang tidak bekerja dipercayai mempunyai masalah mental namun tidak pernah mendapatkan rawatan di mana-mana pusat kesihatan.

“Kejadian ini juga bukan kali pertama berlaku kerana mangsa pernah tidak pulang ke rumah selama lima hari sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan laporan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Saratok segera mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), selain membuka Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di rumah pengadu di Kampung Empayang.

Pada 8.00 malam, Ketua Polis Balai Kabong, Sarjan Fadzilah bersama anggota Unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) dan pengadu memulakan Op Kesan di Jalan Selalang sebelum mangsa berjaya ditemui sejam kemudian.

Mangsa yang berketinggian kira-kira 150 sentimeter dan memakai baju-T berwarna merah disahkan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

Operasi SAR kemudiannya ditamatkan secara rasmi pada 10.30 malam atas arahan Ketua Polis Daerah Saratok selepas mangsa berjaya ditemui, sekali gus menamatkan kes orang hilang berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KPSM Sibuti bina pusat timbang kedua tanpa geran kerajaan
Next: Masazizul, Dayang Nur Afira johan Tilawah al-Quran peringkat Bahagian Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.