Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak perluas kerjasama antarabangsa dengan Jerman dalam inovasi dan AI
  • TEKNOLOGI

Sarawak perluas kerjasama antarabangsa dengan Jerman dalam inovasi dan AI

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan delegasi Sarawak semasa sesi libat urus di Munich, Jerman.

MUNICH: Sarawak memperkukuh kerjasama antarabangsa dengan Jerman menerusi sesi libat urus bersama Ahli Parlimen Negeri Bavaria, Martin Huber, bagi meneroka potensi kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), peralihan tenaga, inovasi dan pembangunan ekonomi mampan.

Delegasi Sarawak diketuai Timbalan Setiausaha (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, yang mengadakan perbincangan mengenai kepentingan memanfaatkan teknologi, penyelidikan dan inovasi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi mampan.

Menurut kenyataan, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai pengalaman Jerman dalam mempercepat transformasi digital, inovasi industri dan pembangunan penyelesaian tenaga bersih yang boleh dijadikan rujukan kepada usaha pembangunan ekonomi masa depan Sarawak.

Delegasi itu turut berkongsi keutamaan strategik Sarawak termasuk aspirasi menjadikan negeri ini sebagai hab serantau bagi tenaga boleh diperbaharui, transformasi digital dan teknologi baharu.

Perbincangan turut menyentuh peluang kerjasama dalam pertukaran pengetahuan, pembangunan kapasiti, penyelidikan serta pelaburan antara Kerajaan Bavaria dan Sarawak.

Dalam pada itu, Dato Sri Dr Muhammad Abdullah menegaskan komitmen Sarawak untuk terus memperkukuh kerjasama antarabangsa yang menyokong agenda pembangunan negeri, khususnya dalam aspek kemampanan, kemajuan teknologi dan kepelbagaian ekonomi.

Terdahulu, delegasi Sarawak mengadakan sesi libat urus bersama Universiti Teknikal Munich (TUM) melibatkan Profesor Urs Gasser dan Pengarah Urusan TUM Think Tank, Markus Siewert.

Sesi tersebut memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur AI berdaulat, inovasi teknologi, peralihan tenaga serta peranan institusi penyelidikan dalam memacu pertumbuhan ekonomi mampan, selain memberi pendedahan mengenai pendekatan TUM dalam menghubungkan kerjasama antara akademia, industri dan kerajaan.

Turut menyertai delegasi ialah Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority Dato Anderson Tiong, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) Busiai Seman dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Artificial Intelligence Centre Prof Patrick Thien.

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: BBCON 2026 perkukuh agenda transformasi digital Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.