Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPSM Sibuti bina pusat timbang kedua tanpa geran kerajaan
  • Utara
  • WILAYAH

KPSM Sibuti bina pusat timbang kedua tanpa geran kerajaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
RASMI…Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir sambil dibantu oleh Pemanca Dr Ali Mudin memotong ribon simbolik perasmian Ramp Entulang di Miri semalam.

MIRI: Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Sibuti Berhad berjaya membina sebuah lagi pusat timbang kedua dikenali sebagai Ramp Entulang dengan kos RM700,000, yang telah mula beroperasi sejak Januari lalu.

Pembinaan pusat timbang tersebut dilaksanakan tanpa bantuan kewangan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mahupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sebaliknya menggunakan dana dan keuntungan yang dijana melalui aktiviti perniagaan koperasi sendiri.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata Ramp Entulang telah merekodkan peningkatan jualan dari bulan ke bulan, sekali gus menunjukkan peningkatan keyakinan dan sokongan daripada pekebun kecil di kawasan sekitar.

“Kejayaan ini membuktikan objektif KPSM untuk melahirkan koperasi yang mampu berdikari, menjana keuntungan serta mengembangkan perniagaan secara mampan telah berjaya direalisasikan,” katanya ketika merasmikan Ramp Entulang, semalam.

Menurut beliau, KPSM Sibuti yang kini mempunyai kira-kira 400 anggota terdiri daripada pekebun kecil sawit di Sibuti dan kawasan sekitarnya menunjukkan perkembangan memberangsangkan sejak pembukaan pusat timbang pertama di Kampung Sepurau, Bekenu pada 14 Februari 2018.

“Pusat timbang pertama itu dibina melalui geran MPOB berjumlah RM200,000 dan telah berjaya menjana pendapatan yang baik kepada koperasi,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan KPSM berkembang tanpa bantuan kewangan MPOB dan SKM membuktikan bahawa koperasi yang diurus secara cekap, telus dan berintegriti mampu berkembang daripada organisasi bantuan kepada entiti perniagaan yang kukuh dan berdaya saing.

Dalam pada itu, beliau memuji pencapaian KPSM Sibuti yang berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 serta mengagihkan rebat langganan sebanyak RM15 bagi setiap tan metrik buah tandan segar (BTS) kepada anggota yang menjual hasil melalui ramp koperasi.

“Pemberian rebat ini mencerminkan semangat koperasi sebenar apabila keuntungan dapat dikongsi dan dinikmati bersama oleh semua anggota,” katanya.

ALBUM…Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir merakamkan kenangan perasmian bersama para pegawai MPOB di depan Ramp Entulang di Miri semalam.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pekebun kecil agar terus menghantar BTS ke ramp milik KPSM Sibuti Berhad bagi memastikan pusat pengumpulan tersebut terus berkembang serta memberi manfaat lebih besar kepada anggota.

Beliau turut berharap kejayaan KPSM Sibuti dapat dijadikan inspirasi dan penanda aras kepada koperasi sawit lain di Sarawak dalam usaha meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan pekebun kecil.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kesatuan dalam kepelbagaian perkukuh kecemerlangan perkhidmatan JBPM
Next: Polis sahkan lelaki hilang 10 hari ditemui selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.