Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesatuan dalam kepelbagaian perkukuh kecemerlangan perkhidmatan JBPM
  • Utara
  • WILAYAH

Kesatuan dalam kepelbagaian perkukuh kecemerlangan perkhidmatan JBPM

Utusan Sarawak 5 hours ago
 PENGARAH JPBM Sarawak, Jamri Masran berucap pada Perhimpunan Bulanan JBPM Sarawak bagi Jun 2026 dan Sesi Libat Urus bersama warga kerja Zon 5 di BBP Bintulu hari ini.

BINTULU: Kesatuan dalam kalangan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjadi elemen penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat terus kekal cemerlang, berkesan dan memenuhi keperluan semasa.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran berkata, kesatuan tidak bermaksud keseragaman kerana perbezaan agama, bangsa, budaya dan adat yang wujud dalam organisasi merupakan kekuatan yang menyatukan warga jabatan dalam mencapai matlamat bersama.

Menurut beliau, warga JBPM yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan skim perkhidmatan berkongsi satu matlamat yang sama iaitu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

 JAMRI Masran bergambar bersama kanak-kanak yang menyertai aktiviti komuniti sempena Perhimpunan Bulanan JBPM Sarawak bagi Jun 2026 di BBP Bintulu hari ini.

“Kesatuan bukanlah bermaksud keseragaman. Kita tidak perlu menjadi sama dari segi agama, bangsa, budaya dan adat untuk hidup bersatu padu.

“Sebaliknya, perbezaan itulah yang menjadi kekuatan dan keistimewaan kita bagi mencapai objektif menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat dan komuniti di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan JBPM Sarawak bagi Jun 2026 dan Sesi Libat Urus bersama warga kerja Zon 5 di Injin Bay, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu di sini, hari ini.

JAMRI Masran (duduk, tengah) bergambar bersama pegawai, anggota, wakil komuniti dan peserta Program Teman Pili Bomba selepas Perhimpunan Bulanan JBPM Sarawak bagi Jun 2026 di BBP Bintulu hari ini.

Jamri berkata, perbezaan agama, bangsa dan latar belakang tidak seharusnya menjadi tembok pemisah, sebaliknya perlu dijadikan asas untuk membina semangat kekeluargaan, saling menghormati dan kerjasama yang lebih kukuh dalam organisasi.

Katanya, kepelbagaian peranan yang digalas warga JBPM sama ada dalam operasi, penyiasatan kebakaran, keselamatan kebakaran, pentadbiran, logistik, kejuruteraan mahupun latihan merupakan kekuatan yang saling melengkapi dalam memastikan jabatan dapat berfungsi secara efektif.

“Apabila seluruh warga jabatan berganding bahu, saling menghormati dan mengiktiraf peranan masing-masing, maka terbentuklah sebuah pasukan yang kukuh, profesional, cekap dan berkesan,” katanya.

Selain itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang sentiasa menjadi rakan strategik JBPM dalam menyampaikan maklumat keselamatan kebakaran, pendidikan awam dan pelbagai inisiatif jabatan kepada masyarakat.

“Media memainkan peranan penting dalam membantu menyampaikan maklumat keselamatan kebakaran, pendidikan awam serta kejayaan jabatan kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Jamri memberitahu, pelaksanaan pusingan kerja merupakan antara inisiatif di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) yang bertujuan meningkatkan kecekapan organisasi dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Pusingan kerja merupakan arahan kerajaan dan antara KPI yang perlu dipenuhi oleh jabatan serta kementerian.

“Pegawai yang telah berkhidmat melebihi tiga hingga lima tahun perlu menjalani pusingan kerja selaras dengan tuntutan Ketua Setiausaha Negara,” katanya.

Pada majlis sama, Jamri turut menyempurnakan pemakaian tanda pangkat melibatkan empat pegawai bomba yang menerima kenaikan pangkat.

Seramai 13 anggota bomba Zon 5 juga menerima Lencana Fit Fire Fighters sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan mereka mengekalkan tahap kecergasan yang diperlukan dalam profesion kebombaan.

Turut hadir, Ketua JBPM Zon Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad dan Ketua BBP Bintulu, Christus Buson.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Makan malam Gawai NSJA eratkan hubungan wartawan Sarawak Utara
Next: KPSM Sibuti bina pusat timbang kedua tanpa geran kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.