Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas pemilik dan penduduk selamatkan rumah daripada kebakaran di Kampung Medang
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas pemilik dan penduduk selamatkan rumah daripada kebakaran di Kampung Medang

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA bomba memeriksa bahagian dapur selepas terbakar di sebuah rumah di Kampung Medang awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SPAOH: Tindakan pantas pemilik rumah bersama penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran yang melibatkan bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Medang awal pagi tadi, sekali gus mengelakkan api daripada merebak ke keseluruhan kediaman.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.11 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 67 kilometer dari balai.

Pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi, PBK I Yusof Tamin, tiba di lokasi pada 7.24 pagi dan dimaklumkan bahawa kebakaran melibatkan bahagian dapur sebuah rumah jenis tidak kekal.

BAHAGIAN dapur rumah jenis tidak kekal milik di Kampung Medang terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pemilik rumah dengan bantuan penduduk kampung menggunakan sumber air yang tersedia sebelum ketibaan anggota bomba.

Kebakaran dianggarkan menyebabkan kemusnahan kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan struktur rumah.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan kerja-kerja pemantauan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran berulang.

Setelah keadaan disahkan selamat dan terkawal sepenuhnya, operasi ditamatkan pada 8.00 pagi.

Operasi melibatkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Jentera Pemadam Kebakaran dan Penyelamat (FRT) dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Penyelamatan (EMRS).

Rumah tersebut didiami lima sekeluarga yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan serta seorang bayi perempuan. 

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dapur rumah terbakar, orang awam berjaya padam api sebelum bomba tiba
Next: Sebuah rumah musnah, satu lagi terjejas dalam kebakaran di Kampung Buntal Ulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.