Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendedahan teknik kendali kebakaran dapur kurangkan risiko kemalangan
  • Tengah
  • WILAYAH

Pendedahan teknik kendali kebakaran dapur kurangkan risiko kemalangan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PARA peserta berpeluang belajar cara memadamkan kebakaran dapur dengan betul. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Pendedahan awal mengenai teknik mengendalikan kebakaran dapur mampu mengurangkan risiko kemalangan dan kerugian harta benda dalam kalangan masyarakat setempat, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling.

Katanya, kebakaran dapur merupakan antara insiden yang kerap berlaku di kediaman dan boleh menyebabkan kerugian besar sekiranya tidak ditangani dengan kaedah yang betul.

“Kesedaran mengenai keselamatan kebakaran perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat kerana tindakan awal yang tepat mampu mengawal kebakaran daripada merebak serta mengurangkan risiko kecederaan dan kehilangan harta benda.

PARA peserta berpeluang belajar cara memadamkan kebakaran dapur dengan betul. Foto BBP Sarikei

“Melalui demonstrasi ini, peserta diberi pendedahan secara praktikal mengenai cara mengendalikan kebakaran dapur, khususnya yang melibatkan minyak masak, selain mengetahui tindakan yang perlu dielakkan ketika berdepan situasi kecemasan,” katanya ketika dihubungi selepas program keselamatan dan kebersihan Sungai Selalang di Dewan Kampung Selalang, baru-baru ini.

Program yang bermula dari 8.30 pagi hingga 11.30 pagi tersebut dikendalikan oleh anggota pasukan Alpha yang bertugas dan disertai komuniti Kampung Selalang.

Tambahnya, program tersebut penting bagi memastikan masyarakat mempunyai pengetahuan asas mengenai keselamatan kebakaran dan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Sambutan yang diberikan oleh penduduk Kampung Selalang menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan diri dan keluarga semakin meningkat.

“Kami berharap ilmu yang diperoleh melalui demonstrasi ini dapat dimanfaatkan dan dikongsi bersama ahli keluarga serta penduduk lain bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Polis giat kesan remaja perempuan dilaporkan hilang
Next: Makan malam Gawai NSJA eratkan hubungan wartawan Sarawak Utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.