Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PM Jepun ikrar tamatkan cukai penggunaan ke atas makanan selepas 2 tahun
  • GLOBAL

PM Jepun ikrar tamatkan cukai penggunaan ke atas makanan selepas 2 tahun

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERDANA Menteri Sanae Takaichi

TOKYO: Perdana Menteri Sanae Takaichi hari ini berjanji untuk memulihkan kadar cukai penggunaan kepada asal lapan peratus selepas pemotongan dua tahun yang dirancang, ketika inflasi berlarutan dan kebimbangan terhadap keadaan fiskal Jepun yang semakin teruk, lapor Kyodo News.

Kenyataan Takaichi dibuat selepas parti pemerintah Parti Demokratik Liberal (LDP) yang dipimpin beliau mencadangkan minggu lepas supaya kadar cukai penggunaan ke atas makanan dan minuman dikurangkan satu peratus untuk dua tahun mulai April 2027, dan bukannya memotongnya kepada sifar seperti yang diikrarkan semasa kempen pilihan raya umum.

“Saya dengan jelas menyatakan bahawa kami akan membawanya kembali kepada keadaan dua tahun selepas melaksanakan (pengurangan),” kata Takaichi pada sesi jawatankuasa Dewan Perwakilan Rakyat, susulan pertanyaan Ken Tanaka, ahli parlimen dari parti pembangkang Parti Demokrat untuk Rakyat.

Tanaka berkata, sukar untuk memulihkan kadar cukai sebaik sahaja menurunkannya, kerana ini akan dianggap sebagai ‘kenaikan cukai’, yang boleh mencetuskan bantahan orang ramai.

LDP mengemukakan cadangan itu pada majlis kebangsaan merentas parti mengenai percukaian dan keselamatan sosial sebagai draf untuk laporan interim mengenai isu itu yang akan disusun akhir bulan ini selepas perbincangan selama berbulan-bulan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Gelombang haba ekstrem landa Eropah, sekolah ditutup dan perkhidmatan kereta api dikurangkan
Next: Starmer umum akan letak jawatan PM UK, kekal kendali tugas sehingga pemilihan selesai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.