Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Arkib bukti penting pertahan hak Sarawak dalam MA63
  • SEMASA

Arkib bukti penting pertahan hak Sarawak dalam MA63

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berucap pada majlis perasmian dan Forum Minggu Arkib Antarabangsa 2026 di Auditorium Pustaka Negeri di Petra Jaya hari ini.

PETRA JAYA: Arkib memainkan peranan penting sebagai sumber rujukan dan bukti sejarah dalam memperkukuh kefahaman serta mempertahankan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, dokumen, rekod, minit mesyuarat, surat-menyurat rasmi serta bahan sejarah yang disimpan di arkib menjadi asas penting dalam menelusuri perjalanan dan kedudukan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.

Menurutnya, arkib bukan sekadar tempat penyimpanan dokumen, malah merupakan institusi yang memelihara memori kolektif serta menjadi sumber rujukan kepada generasi akan datang.

“Tanpa rekod yang sahih dan terpelihara, usaha memahami sejarah serta memperjuangkan hak Sarawak akan menjadi lebih sukar.

“Arkib menyediakan akses kepada maklumat yang tepat dan berwibawa bagi memastikan fakta sejarah terus dipelihara,” katanya ketika merasmikan Forum Minggu Arkib Antarabangsa 2026 bertemakan Menelusuri Perjanjian Malaysia 1963: Peranan Sarawak Dalam Memperkasa Hak dan Tuntutan Dalam Perjanjian Malaysia 1963 di Auditorium Pustaka Negeri, hari ini.

DATUK Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyempurnakan gimik perasmian majlis perasmian dan Forum Minggu Arkib Antarabangsa 2026 di Auditorium Pustaka Negeri, Petra Jaya hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan pendigitalan bahan arkib sebagai langkah strategik bagi memastikan rekod sejarah dapat diakses dengan lebih mudah dan kekal terpelihara untuk jangka panjang.

Katanya, usaha pendigitalan perlu dipergiatkan sejajar dengan perkembangan teknologi bagi membolehkan masyarakat, penyelidik dan generasi muda memperoleh akses kepada bahan sejarah secara lebih meluas.

Dalam pada itu, beliau berharap penganjuran Minggu Arkib Antarabangsa 2026 dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara warisan sejarah dan rekod negara sebagai sebahagian daripada identiti serta tanggungjawab bersama.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pustaka Negeri dan semua pihak yang menjayakan program berkenaan.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri , Datuk Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen, Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri , Japri Buang Masli, Peguam Kanan Negeri, Mohd Adzrul Adzlan, serta Ketua Pusat Pengajian Sains Sosial dan Kemanusiaan UiTM Cawangan Sarawak, Noorfadhleen Mahmud.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Malaysia, Bangladesh bekerjasama melalui ASEAN mengenai isu Rohingya – PM Anwar
Next: STATOP bakal jadi hab baharu hubungan Sarawak-Kalimantan Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.