Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Eloy Room jadi wira, Curaçao raih mata pertama Piala Dunia
  • SUKAN

Eloy Room jadi wira, Curaçao raih mata pertama Piala Dunia

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENJAGA gol Curaçao, #01 Eloy Room melakukan penyelamatan semasa perlawanan bola sepak Kumpulan E Piala Dunia 2026 antara Ecuador dan Curaçao di Stadium Kansas City, Kansas City sebentar tadi. Foto AFP

KANSAS CITY, Amerika Syarikat: Penjaga gol Curaçao, Eloy Room menjadi wira pasukan apabila menyerap asakan bertali arus Ecuador, sekali gus membantu negara Caribbean yang kecil itu meraih mata pertama mereka dalam sejarah Piala Dunia selepas seri tanpa jaringan yang mengekalkan harapan untuk mara ke peringkat kalah mati sebentar tadi.

Ecuador, yang menamatkan saingan kelayakan Amerika Selatan di tangga kedua, melepaskan 28 percubaan termasuk 15 tepat ke sasaran, namun Room tampil cemerlang dengan aksi luar biasa di Kansas City.

Catatan 15 ‘saves’ beliau merupakan yang terbanyak direkodkan sejak 1966 oleh mana-mana penjaga gol dalam perlawanan Piala Dunia yang tidak melalui masa tambahan.

Curaçao, yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia dan merupakan negara paling kecil dari segi populasi yang pernah layak ke kejohanan itu, tewas 1-7 kepada Jerman dalam perlawanan pembukaan, namun berjaya memulihkan maruah di kawasan Midwest Amerika Syarikat.

Penyokong Ecuador mewarnai Stadium Arrowhead, gelanggang pasukan NFL Kansas City Chiefs, dengan warna kuning dan jauh mengatasi jumlah penyokong Curaçao.

Namun Curaçao mendapat sokongan diraja menerusi Raja Belanda, Willem-Alexander dan Permaisuri Máxima. Pulau itu merupakan negara autonomi dalam Kerajaan Belanda.

PEMAIN pertahanan Curaçao, #05 Sherel Floranus dan penyerang Ecuador, #11 Kevin Rodríguez berebut bola semasa perlawanan bola sepak Kumpulan E Piala Dunia 2026 antara Ecuador dan Curaçao di Stadium Kansas City, Kansas City sebentar tadi. Foto AFP

Daripada 26 pemain dalam skuad yang dibimbing jurulatih berpengalaman dari Belanda, Dick Advocaat, seramai 25 pemain dilahirkan di Belanda dan majoritinya bermain di liga negara itu.

Perlawanan bermula dengan tempo pantas.

Ecuador hampir membuka jaringan seawal minit ketiga apabila bekas penyerang West Ham, Enner Valencia, menerobos pertahanan tengah, namun Room menepis bola keluar.

Sherel Floranus pula melepaskan rembatan tinggi di satu lagi hujung padang ketika Curaçao menunjukkan kepantasan dalam serangan balas.

Valencia sekali lagi gagal menewaskan Room dari jarak dekat, sebelum Jordy Alcívar mencipta percubaan ketika Ecuador terus mendominasi penguasaan bola.

Pasukan Amerika Selatan itu menamatkan separuh masa pertama dengan 65 peratus penguasaan, namun gagal menterjemah dominasi kepada jaringan.

PENGADIL dari China, Ma Ning memberi isyarat sambil menunjukkan kad kuning kepada pemain tengah Curaçao, #21 Tahith Chong semasa perlawanan bola sepak Kumpulan E Piala Dunia 2026 antara Ecuador dan Curaçao di Stadium Kansas City, Kansas City sebentar tadi. Foto AFP

Mereka hampir memecah kebuntuan sejurus sebelum jam permainan mencecah sejam, namun Room menafikan tandukan Gonzalo Plata sebelum beberapa serangan balas Curaçao.

Ecuador yang berada lebih 50 tangga di atas Curaçao dalam ranking FIFA kelihatan semakin tertekan ketika memburu gol.

Menjelang penghujung perlawanan, peluang terus tercipta bertubi-tubi, namun Room kekal kebal.

Pemain gantian Ecuador, Angelo Preciado, tersilap melakukan hantaran lintang yang terkena bahagian atas palang sebelum melantun keluar.

Pemain-pemain Curaçao kemudian mengerumuni Room selepas wisel penamat bagi meraikan satu mata bersejarah.

PENJAGA gol Curaçao, #01 Eloy Room melakukan penyelamatan melepasi penyerang Ecuador, #13 Enner Valencia semasa perlawanan bola sepak Kumpulan E Piala Dunia 2026 antara Ecuador dan Curaçao di Stadium Kansas City, Kansas City sentar tadi. Foto AFP

Terdahulu, juara empat kali Jerman bangkit menewaskan Ivory Coast 2-1 di Toronto sekali gus mengesahkan kelayakan ke pusingan 32. Keputusan seri Curaçao memastikan Jerman mendahului kumpulan.

Ecuador akan menentang Jerman pada Khamis manakala Curaçao berdepan Ivory Coast. — AFP

Continue Reading

Previous: Jerman bangkit tewaskan Ivory Coast 2-1, mara ke kelompok 32 terakhir Piala Dunia
Next: Sepanyol mahu bangkit, Yamal dijangka diturunkan berdepan Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.