
KUALA LUMPUR: Hampir seluruh negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5.00 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk tersebut dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.
Di Kedah, kawasan yang terlibat merangkumi Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang serta Muallim.
Bagi wilayah pantai timur, amaran tersebut dikeluarkan untuk Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).
Turut terkesan ialah Johor melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi.
Di Sabah, ramalan cuaca buruk itu membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Beluran) dan Kudat, selain turut merangkumi Wilayah Persekutuan Labuan.
Sementara itu di Sarawak, keadaan sama dijangka berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Matu dan Dalat), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang. – Bernama