Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 13,000 anak anjing laut mati akibat selesema burung di pulau terpencil Australia
  • GLOBAL

Lebih 13,000 anak anjing laut mati akibat selesema burung di pulau terpencil Australia

Utusan Sarawak 16 hours ago
ANAK anjing laut gajah selatan (southern elephant seal) yang terjejas akibat wabak selesema burung H5N1 di Pulau Heard. Foto: AGENSI

ISTANBUL: Lebih 13,000 anak anjing laut gajah selatan (southern elephant seal) mati akibat wabak selesema burung H5N1 di Pulau Heard, sebuah pulau terpencil Australia di rantau subantartik, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik ABC News Australia.

Saintis daripada Program Antartika Australia menyatakan baawa tinjauan menggunakan dron dan pemerhatian di darat yang dijalankan antara Oktober 2025 hingga Januari 2026 mendapati kadar kematian yang sangat tinggi dalam kalangan anak anjing laut, dengan purata 76 peratus di seluruh pulau itu dan mencecah sehingga 97 peratus di beberapa lokasi.

Penyelidik menganggarkan sebanyak 13,359 anak anjing laut mati daripada populasi keseluruhan 17,354 ekor.

Wabak itu merupakan pengesanan pertama yang disahkan bagi virus H5N1 yang sangat patogenik di wilayah luar Australia.

Virus berkenaan telah merebak kepada sekurang-kurangnya enam spesies hidupan liar di Pulau Heard, termasuk anjing laut gajah selatan, anjing laut bulu Antartik dan penguin raja, penguin gentoo.

Penyelidik percaya virus itu berkemungkinan dibawa masuk oleh hidupan liar yang berhijrah dari Kepulauan Crozet milik Perancis pada Ogos 2025. Pulau Heard terletak kira-kira 4,000 kilometer di barat daya Perth dan 1,700 kilometer di utara Antartika. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Volkswagen jangka kurangkan 50,000 pekerjaan menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.