Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suspek larikan mesin duit ditahan polis di Miri
  • JENAYAH

Suspek larikan mesin duit ditahan polis di Miri

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAHAN… Lelaki tempatan berusia 27 tahun yang berjaya ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kedai makan nasi lemak di Permyjaya, hari ini.

MIRI: Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun berjaya ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kedai makan nasi lemak di Permyjaya yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM590.35.

Menurut kenyataan Polis Daerah Miri, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 5 Jun 2026 pada 7.16 petang.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 3.43 pagi di sebuah kedai makan nasi lemak yang terletak di Kompleks Komersial Pusat Bandar, Permyjaya Fasa 3.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan merakam seorang lelaki dipercayai memecah masuk ke dalam kedai sebelum mengambil dan melarikan sebuah mesin duit yang diletakkan di bahagian kaunter kedai tersebut.

Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ), Balai Polis Pusat Miri yang diketuai ASP Goldy Jangan, menahan suspek di kawasan Pujut pada 18 Jun 2026 kira-kira 4.50 pagi.

RAMPAS… Polis turut merampas pakaian yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan jenayah berkenaan serta sebuah mesin duit yang dicuri dari premis itu.

“Polis turut merampas pakaian yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan jenayah berkenaan serta sebuah mesin duit yang dipercayai dicuri dari premis tersebut”, dalam kenyataan, hari ini.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai khususnya pemilik premis perniagaan supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan dengan memasang sistem keselamatan yang bersesuaian, memastikan premis dikunci dengan sempurna selepas waktu operasi dan tidak meninggalkan wang tunai atau barang berharga di premis.

Sebarang aktiviti mencurigakan hendaklah segera dilaporkan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes samun berkumpulan bersenjata di Kuching
Next: Piala Dunia: 58 individu ditahan terlibat judi dalam talian, pertaruhan haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.