Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan selepas positif dadah di Bau
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan selepas positif dadah di Bau

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DUA lelaki tempatan ditahan polis selepas saringan air kencing positif dadah.

BAU: Polis menahan dua lelaki tempatan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A. Rahman, berkata kedua-dua suspek ditahan hari ini menerusi Op Tapis yang dijalankan di sekitar Kampung Bobak Sejinjang Singai, Bau.

Menurut beliau, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 24 tahun menjalani ujian saringan air kencing di Pejabat BSJN Bau kira-kira 12.35 tengah hari dan 12.40 tengah hari.

“Hasil ujian saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine sebelum mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Polis mengenal pasti kedua-dua suspek sebagai penduduk Kampung Sagah dan Kampung Bobak Sejinjang Singai.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku kali terakhir menagih syabu sehari sebelum ditahan.

Tiada dadah atau barangan lain dirampas dalam operasi tersebut.

Kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Jual nombor loteri haram sejak seminggu, lelaki ditahan di Roban
Next: Op Daya: 1,638 syarikat lagi dikesan terlibat kemuka tuntutan palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.