Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Galeri tsunami Kuala Muda abadikan tragedi 2004
  • RENCANA

Galeri tsunami Kuala Muda abadikan tragedi 2004

Utusan Sarawak 5 hours ago
KESAN kemusnahan sebuah rumah yang terjejas akibat tragedi tsunami yang melanda Kuala Muda pada 26 Dis 2004 masih dipelihara sebagai sebahagian daripada pameran di kawasan Galeri Tsunami Kuala Muda, Kota Kuala Muda. Galeri berkenaan dibangunkan di atas tapak rumah mangsa tsunami dan menempatkan pelbagai bahan dokumentasi termasuk gambar, video serta maklumat berkaitan bencana tersebut bagi memberi pemahaman kepada pengunjung mengenai impak tsunami terhadap komuniti setempat. Foto BERNAMA

SUNGAI PETANI: Walaupun tragedi tsunami yang melanda Kuala Muda dekat sini berlaku lebih dua dekad lepas, kesannya terhadap penduduk setempat masih kekal terpahat dalam ingatan dan dapat dilihat hingga hari ini menerusi Galeri Tsunami Kuala Muda.

Terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Sungai Petani, galeri berkenaan dibangunkan di atas tapak rumah sebuah keluarga yang terjejas dalam kejadian  pada 26 Disember 2004 itu. 

KESAN kemusnahan sebuah rumah yang terjejas akibat tragedi tsunami yang melanda Kuala Muda pada 26 Dis 2004 masih dipelihara sebagai sebahagian daripada pameran di kawasan Galeri Tsunami Kuala Muda, Kota Kuala Muda. Galeri berkenaan dibangunkan di atas tapak rumah mangsa tsunami dan menempatkan pelbagai bahan dokumentasi termasuk gambar, video serta maklumat berkaitan bencana tersebut bagi memberi pemahaman kepada pengunjung mengenai impak tsunami terhadap komuniti setempat. Foto BERNAMA

Galeri yang berada di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) itu menempatkan pelbagai bahan dokumentasi termasuk gambar, video dan maklumat berkaitan tragedi berkenaan, selain berfungsi sebagai pusat pendidikan serta rujukan bagi pengunjung yang ingin memahami kesan tsunami terhadap komuniti setempat.

Ahli Jawatankuasa Perhubungan dan Pelancongan Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami Anas Ismail berkata galeri itu diwujudkan bagi memastikan peristiwa yang pernah mengubah kehidupan penduduk Kuala Muda tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

KESAN kemusnahan sebuah rumah yang terjejas akibat tragedi tsunami yang melanda Kuala Muda pada 26 Dis 2004 masih dipelihara sebagai sebahagian daripada pameran di kawasan Galeri Tsunami Kuala Muda, Kota Kuala Muda. Galeri berkenaan dibangunkan di atas tapak rumah mangsa tsunami dan menempatkan pelbagai bahan dokumentasi termasuk gambar, video serta maklumat berkaitan bencana tersebut bagi memberi pemahaman kepada pengunjung mengenai impak tsunami terhadap komuniti setempat. Foto BERNAMA

“Galeri itu menempatkan gambar, video dan pelbagai bahan dokumentasi yang dikumpulkan daripada agensi kerajaan serta komuniti setempat bagi memberikan gambaran sebenar mengenai impak bencana tersebut,” katanya kepada Bernama sempena program Surreal Experience In The North Kedah & Perlis anjuran Tourism Malaysia Wilayah Utara baru-baru ini.

Menurutnya, MPSPK turut membina monumen dikenali sebagai Tugu Tsunami yang menampilkan 26 bot nelayan sebagai simbolik tarikh kejadian tsunami yang melanda Kuala Muda, di persimpangan jalan masuk ke Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda.

PENGERUSI Majlis Ketua Kampung Kampung Kepala Jalan, Idris Husin berkongsi pengalaman mengenai tragedi tsunami yang melanda Kuala Muda pada 26 Dis 2004 ketika ditemui Bernama di Galeri Tsunami Kuala Muda baru-baru ini. Beliau berkata bencana yang berpunca daripada gempa bumi kuat di pantai barat Sumatera, Indonesia itu meninggalkan kesan mendalam kepada komuniti setempat apabila mengorbankan nyawa, memusnahkan kediaman serta menjejaskan sumber pendapatan penduduk. Galeri berkenaan kini menjadi pusat pendidikan dan rujukan yang memaparkan pelbagai dokumentasi berkaitan tragedi tersebut bagi memastikan peristiwa bersejarah itu terus diingati generasi akan datang. Foto BERNAMA

Anas yang juga antara mangsa bencana itu, berkata kawasan berkenaan kini menjadi antara lokasi yang sering dikunjungi pelawat dari dalam dan luar negara termasuk peserta program akademik dan penyelidikan yang ingin mengetahui kesan tsunami terhadap komuniti setempat.

“Ramai yang datang melalui program universiti dan lawatan pendidikan. Ada yang datang dari luar negara seperti Poland, Greece dan Amerika Syarikat untuk melihat sendiri kesan tsunami serta mendengar pengalaman penduduk,” katanya.

Beliau yang juga pemandu pelancong berlesen di bawah Jerai Geopark berkata galeri itu turut memainkan peranan sebagai pusat pendidikan bencana dengan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai risiko tsunami dan langkah kesiapsiagaan yang perlu diambil.

“Kawasan Kuala Muda juga kini dilengkapi sistem siren amaran tsunami yang diuji secara berkala sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan penduduk,” katanya. 

Anas berkata pihak komuniti turut berharap galeri itu dapat terus diperkasakan pada masa depan dengan penambahan aktiviti pelancongan dan produk komuniti bagi menarik lebih ramai pengunjung.

“Apabila orang datang ke sini, mereka bukan sahaja dapat melihat kesan tragedi tsunami tetapi juga mendengar sendiri pengalaman sebenar daripada penduduk yang melaluinya,” katanya.

Bagi Pengerusi Majlis Ketua Kampung Kampung Kepala Jalan, Idris Husin, 73, bencana berkenaan meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh komuniti setempat yang kehilangan ahli keluarga, kediaman dan sumber pendapatan.

AHLI Jawatankuasa Bahagian Perhubungan dan Pelancongan Pertubuhan Komuniti Dataran Tsunami, Anas Ismail berkongsi pengalaman serta peranan Galeri Tsunami Kuala Muda dalam memastikan tragedi tsunami yang melanda kawasan itu pada 26 Dis 2004 terus diingati generasi akan datang ketika ditemui Bernama sempena program Surreal Experience In The North Kedah & Perlis anjuran Tourism Malaysia Wilayah Utara baru-baru ini. Galeri yang dibangunkan di Kota Kuala Muda itu menempatkan pelbagai bahan dokumentasi termasuk gambar, video dan maklumat berkaitan tragedi berkenaan, selain berfungsi sebagai pusat pendidikan serta rujukan kepada pengunjung mengenai kesan tsunami terhadap komuniti setempat. Foto BERNAMA

Beliau berkata sebelum tsunami melanda, penduduk menyedari beberapa kejadian luar biasa termasuk air laut yang surut secara mendadak sehingga dasar sungai dan kawasan pesisir dapat dilihat dengan jelas, sesuatu yang tidak pernah mereka saksikan sebelum itu.

“Ramai penduduk keluar melihat keadaan itu kerana tidak pernah menyaksikannya sebelum ini. Tidak lama kemudian, ombak besar pun datang melanda menghanyutkan segalanya, sekali gus mengubah seluruh landskap kampung kami dalam sekelip mata,” katanya.

Berpunca daripada gempa bumi berukuran 9.3 pada skala Richter di pantai barat Sumatera, Indonesia, tragedi tsunami pada 26 Disember 2004 menghasilkan ombak gadang yang menjejaskan beberapa negara termasuk Sri Lanka, India, Thailand dan Malaysia. Di Kuala Muda, bencana berkenaan menyebabkan 4,278 penduduk dipindahkan, selain merosakkan 87 rumah, 309 bot nelayan dan 173 kenderaan. – Bernama

 

Continue Reading

Previous: Ditendang dan diludah, namun kamera tetap digalas demi merakam detik penting

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.