Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perancis umum larangan telefon di sekolah menengah mulai September
  • GLOBAL

Perancis umum larangan telefon di sekolah menengah mulai September

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERANCIS larang telefon bimbit di sekolah menengah mulai September bagi meningkatkan tumpuan dan kesejahteraan pelajar.

ISTANBUL: Menteri Pendidikan Perancis Edouard Geffray pada Rabu mengumumkan bahawa telefon bimbit akan dilarang di sekolah menengah bermula 1 September ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Geffray berkata kepada penyiar Franceinfo bahawa undang-undang yang melarang penggunaan telefon bimbit itu akan diwartakan pada musim panas ini sebelum dikuatkuasakan mulai September.

“…Saya juga akan menghantar beberapa garis panduan kepada pengetua sekolah dalam masa terdekat supaya mereka dapat melaksanakannya. Saya menganggap perkara ini amat penting bagi pelajar kita,” katanya.

Perancis juga sedang mempertimbangkan larangan penggunaan media sosial bagi golongan bawah umur yang berusia di bawah 15 tahun, namun Geffray berkata langkah itu masih menunggu kelulusan.

“Kami sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Eropah berhubung satu lagi cadangan, iaitu larangan media sosial bagi golongan bawah umur yang berusia di bawah 15 tahun,” jelas beliau.

Semakin banyak negara Eropah, termasuk Perancis, mula mengambil langkah awal atau menyatakan sokongan terhadap larangan penggunaan media sosial oleh kanak-kanak di bawah had umur tertentu.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Upacara penukaran Kiswah Kaabah selesai dalam tempoh tiga jam
Next: Ariane 6 Eropah dilancarkan ke angkasa lepas dengan penggalak baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.