Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki diberkas selepas pecah masuk lima kedai
  • JENAYAH

Lelaki diberkas selepas pecah masuk lima kedai

Utusan Sarawak 9 hours ago
DITAHAN… Suspek ditahan pada 10 Jun lalu dan dipercayai terlibat dalam lima kes pecah masuk premis perniagaan di sekitar Miri.

MIRI: Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam lima kes pecah masuk premis perniagaan di sekitar bandar raya ini sejak pertengahan Mei lalu akhirnya terbongkar selepas dia diberkas polis di Pujut 2, di sini pada 10 Jun lalu.

Suspek tempatan berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 7.00 malam hasil risikan dan siasatan berterusan yang dijalankan sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Pusat Miri yang diketuai Ketua Balai, ASP Goldy Jangan. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP)Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, penahanan dibuat susulan beberapa laporan polis berhubung kes pecah masuk premis perniagaan yang berlaku antara pertengahan Mei hingga awal Jun tahun ini. 

DIRAMPAS… Antara barang yang dirampas daripada suspek.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut membawa kepada penemuan pakaian serta aksesori yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan jenayah berkenaan.

“Polis turut merampas sebuah gergaji kecil yang diubah suai dan dipercayai digunakan untuk membuka secara paksa kunci pintu pintu gulung premis perniagaan yang menjadi sasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, tangkapan itu berjaya menyelesaikan lima kes pecah masuk yang menggunakan modus operandi sama melibatkan premis di Pusat Komersial Lapangan Terbang, Pusat Komersial Assar Miri By Pass, Mosjaya, Permyjaya dan Boulevard Miri. 

Katanya, jumlah kerugian keseluruhan yang dialami mangsa dianggarkan mencecah RM15,000. 

Siasatan turut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes berkaitan narkotik di Miri dan daerah lain.

“Ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga didapati positif dadah,” ujarnya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, manakala pesalah berulang boleh dikenakan hukuman sebat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Saratok tahan wanita bantu siasatan penipuan pinjaman tidak wujud
Next: Empat lelaki ditahan, 15,000 liter diesel subsidi dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.