Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM6.6 juta projek agro makanan BDDA di DUN Kalaka siap sepenuhnya
  • TEMPATAN

RM6.6 juta projek agro makanan BDDA di DUN Kalaka siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 12 hours ago
MESYUARAT Penyelarasan Jawatankuasa Pemandu BDDA yang dipengerusikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Bilik Mesyuarat Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam. Foto: ADUN Kalaka

PETRA JAYA: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka merekodkan perkembangan memberangsangkan dalam pelaksanaan projek pembangunan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), khususnya melibatkan sektor agro makanan dan utiliti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, sehingga kini sebanyak RM6.6 juta nilai pelaksanaan projek sektor agro makanan di kawasan itu telah berjaya disiapkan, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk setempat serta meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Menurut beliau, selain projek yang telah siap, sebanyak RM24.8 juta lagi projek dalam sektor agro makanan dan utiliti sedang giat dilaksanakan di beberapa lokasi dalam kawasan DUN Kalaka.

MESYUARAT Penyelarasan Jawatankuasa Pemandu BDDA yang dipengerusikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Bilik Mesyuarat Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam. Foto: ADUN Kalaka

Katanya, projek-projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk memperkukuhkan infrastruktur luar bandar serta meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat menerusi pembangunan yang lebih tersusun dan mampan.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak tujuh lagi projek kini berada di peringkat akhir reka bentuk sebelum proses tender dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Pelaksanaan projek-projek ini amat penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan memberi impak positif kepada rakyat, khususnya dalam sektor agro makanan yang menjadi antara pemacu ekonomi luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pemandu Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BDDA.

Antara fokus utama mesyuarat kali ini ialah Taklimat Pertapakan Projek BDDA oleh Jabatan Tanah dan Survei, pelaporan prestasi projek, pengesahan projek baharu dan pindaan projek serta pelaporan status pelaksanaan projek oleh agensi-agensi pelaksana yang terlibat.

Turut hadir, ADUN Layar Datuk Gerald Rentap Jabu, ADUN Saribas Datuk Muhammad Razi Sitam, Ahli Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, ADUN Beting Maro Dato Razaili Gapor, ADUN Kabong Dato Mohd Chee Kadir, ADUN Krian Friday Belik dan ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ilmu dan pendidikan kunci hadapi transformasi ekonomi – Abang Johari
Next: Hormati autonomi imigresen Sarawak dalam isu pelarian, kata peguam dan wakil belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.