Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek bekalan air bernilai RM140,000 manfaatkan 35 pintu rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek bekalan air bernilai RM140,000 manfaatkan 35 pintu rumah panjang

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menghadiri sesi dialog bersama JKKK Rumah Rentap dan Rumah Jalang di Pejabat Daerah Meradong, semalam. Foto: Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Projek bekalan air baharu bernilai RM140,000 bakal memberi manfaat kepada 35 pintu di Rumah Rentap dan Rumah Jalang, Batu 6 Jalan KJD, sekali gus meningkatkan kemudahan asas serta kualiti hidup penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata projek itu merupakan antara usaha berterusan kerajaan dalam memperkasakan pembangunan luar bandar dan memastikan penduduk menikmati akses bekalan air yang lebih terjamin.

Katanya, projek berkenaan melibatkan kerja-kerja penyambungan dan pemasangan paip berdiameter 150 milimeter sepanjang 650 meter bagi menyalurkan bekalan air ke kedua-dua rumah panjang terbabit.

“Saya berharap agar sebarang isu atau kepentingan peribadi tidak dijadikan alasan untuk menolak pelaksanaan projek yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sesi dialog bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Rentap dan Rumah Jalang berkaitan pelaksanaan projek itu di Pejabat Daerah Meradong, semalam.

“Projek ini adalah untuk kepentingan bersama dan manfaat jangka masa panjang kepada penduduk. Oleh itu, saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan pelaksanaannya berjalan lancar mengikut perancangan,” katanya.

Tambahnya, penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air bersih merupakan keutamaan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, dan kerajaan akan terus melaksanakan projek pembangunan mengikut keperluan masyarakat.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Meradong Wee Teck Min, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sarikei Sr Awan Amal, Penolong Pegawai Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sarikei Ling Kah Wei, Pemanca Yii Hee Sieng dan Penghulu Selah Jugi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wheeltrak Tyre (M) juara Bola Tampar lelaki Liga Sukan Komuniti Sibu
Next: Petani Sri Aman digesa manfaat teknologi moden lonjak pengeluaran padi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.