Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi 6.3 skala richter di China ragut satu nyawa, lapan cedera
  • GLOBAL

Gempa bumi 6.3 skala richter di China ragut satu nyawa, lapan cedera

Utusan Sarawak 13 hours ago
GEMPA bumi 6.3 magnitud melanda Qinghai, China, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan lapan yang lain.. Foto USGS

XINING (China): Seorang disahkan maut manakala lapan lagi cedera setakat 11.00 malam Selasa selepas gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Wilayah Autonomi Mongol dan Tibet Haixi di wilayah Qinghai, barat laut China, menurut pasukan penyelamat, lapor Xinhua.

Mangsa yang cedera telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital, menurut ibu pejabat operasi menyelamat dan bantuan bencana gempa bumi di lokasi kejadian.

Ribuan penduduk, pelajar dan guru sekolah rendah, sekolah menengah serta tadika tempatan telah dipindahkan ke lima pusat penempatan sementara yang dilengkapi dengan keperluan asas.

Kawasan-kawasan pelancongan tempatan turut ditutup, manakala para pelancong dipindahkan ke bandar-bandar berhampiran.

Sehingga kini, bekalan bantuan daripada kerajaan pusat dan kerajaan tempatan disalurkan ke kawasan terjejas, dengan lebih 1,000 anggota penyelamat serta hampir 200 jentera dikerah ke lokasi.

Gempa berlaku pada 5.06 petang Selasa pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa terletak pada 37.80 darjah utara dan 95.56 darjah timur, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Rangkaian Gempa Bumi China.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Anak bulan Muharam kelihatan petang ini di langit Arab Saudi dan dunia Arab
Next: Jakarta pergiat usaha jadi hab perfileman, Netflix berminat tingkat kerjasama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.