Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribuan dipindahkan di Potsdam, Jerman ketika proses nyahaktif bom perang dunia kedua
  • GLOBAL

Ribuan dipindahkan di Potsdam, Jerman ketika proses nyahaktif bom perang dunia kedua

Utusan Sarawak 6 hours ago
Tangkapan skrin peta kawasan pemindahan di Potsdam. Seperti yang dilihat di geoportal.potsdam.de. Foto agensi.

POTSDAM (Jerman):  Ribuan penduduk dipindahkan menjelang operasi yang dirancang untuk menyahaktifkan sebutir bom seberat 250 kilogram dari era Perang Dunia Kedua yang ditemukan di bandar Potsdam, berhampiran Berlin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sekitarsa 6,500 penduduk yang tinggal di kawasan terjejas diminta berpindah sebelum 8.30 pagi (0630 GMT) pada Selasa ketika petugas kecemasan menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi memastikan semua penduduk meninggalkan kawasan berkenaan, menurut jurucakap pentadbiran bandar itu.

Perkhidmatan kereta api di stesen utama bandar itu turut digantung.

Zon larangan dengan radius 700 meter diwujudkan di kawasan sekitar bom buatan Amerika Syarikat itu ditemukan semasa kerja pembinaan di pusat bandar.

Pakar pelupusan bom Mike Schwitzke berkata operasi menyahaktifkan bom itu mengambil masa antara 30 minit hingga sejam.

Penemuan bahan letupan yang tidak meletup dari era Perang Dunia Kedua bukan sesuatu yang luar biasa di Jerman walaupun lebih 80 tahun berlalu sejak perang itu berakhir.

Bom berkenaan lazimnya ditemukan ketika kerja pembinaan dijalankan dan kadangkala mengakibatkan operasi pemindahan penduduk secara besar-besaran. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.3 gegar Qinghai, seorang maut, empat cedera
Next: Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegarkan timur Jepun termasuk Tokyo, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.