Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemain Korea Selatan yang cedera kembali berlatih menjelang aksi bertemu Mexico
  • SUKAN

Pemain Korea Selatan yang cedera kembali berlatih menjelang aksi bertemu Mexico

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMAIN Korea Selatan meraikan kejayaan mereka selepas memenangi perlawanan bola sepak Kumpulan A Piala Dunia 2026 antara Korea Selatan dan Republik Czech di Stadium Guadalajara di Zapopan pada 11 Jun 2026. Foto AFP

ZAPOPAN (Mexico): Dengan dua pemain yang mengalami kecederaan kembali menjalani latihan pada Isnin, Korea Selatan berlatih dengan skuad penuh buat kali pertama sejak tiba di kem pangkalan Piala Dunia mereka di barat Mexico, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pemain pertahanan Kim Tae-hyeon dan pemain tengah Bae Jun-ho, kedua-duanya menjalani latihan penuh di Chivas Verde Valle di Zapopan, berhampiran Guadalajara ketika Taegeuk Warriors membuat persiapan menghadapi Mexico dalam perlawanan kedua Kumpulan A.

Perlawanan itu dijadual bermula pada 7.00 malam Khamis (waktu tempatan) di Estadio Guadalajara, atau 10.00 pagi Jumaat waktu Korea Selatan.

Bae diketepikan sejak mengalami kecederaan buku lali ketika aksi persahabatan menentang Trinidad dan Tobago pada 30 Mei di Utah, manakala Kim turut mengalami kecederaan buku lali ketika sesi latihan Selasa lalu menjelang perlawanan peringkat kumpulan menentang Republik Czech.

Pegawai pasukan kebangsaan sebelum ini mengesahkan Kim bakal terlepas baki aksi peringkat kumpulan, namun pertahanan tengah itu pulih sehingga membolehkannya diturunkan bagi aksi menentang Mexico.

Kehadiran semula Kim memberikan Korea Selatan tambahan pilihan di bahagian kiri pertahanan dalam formasi tiga pertahanan.

Bagaimanapun, proses pemulihan Bae agak perlahan dengan pegawai memaklumkan beliau masih menghadapi sedikit kesukaran untuk berpusing dengan pantas.

Sebagai pemain perancang tengah yang memiliki kreativiti dalam serangan, Bae sebelum ini antara pemain Korea Selatan yang paling menyerlah semasa kem latihan di Utah sebelum mengalami kecederaan.

Sekiranya pulih sepenuhnya, Bae dijangka menambah kekuatan di bahagian tengah serangan Korea Selatan yang kini diterajui pemain perancang seperti Lee Kang-in dan Lee Jae-sung.

Korea Selatan dan Mexico masing-masing memenangi perlawanan pembukaan, dan pemenang aksi Khamis itu berada pada kedudukan terbaik untuk mara ke peringkat kalah mati selaku juara Kumpulan A. – Bernama

Continue Reading

Previous: Neymar jalani ujian perubatan baharu
Next: Argentina, Perancis mulakan misi memburu kejuaraan Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.