Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga individu positif dadah ditahan dalam Ops Tapis di Meradong
  • JENAYAH

Tiga individu positif dadah ditahan dalam Ops Tapis di Meradong

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIGA penagih dadah ditahan oleh pihak polis pada petang semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah diberkas dalam Ops Tapis sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, sepasukan Pasukan petugas IPD Meradong telah menahan dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berumur 23, 28 dan 30 tahun kira-kira 3.20 petang semalam.

Katanya, kesemua suspek kemudiannya dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap kesemua suspek di pejabat BSJND Meradong mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Berdasarkan semakan rekod lampau, didapati ketiga-tiga suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

“Jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Saya menggesa supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong,” katanya.

Tambahnya, kerjasama orang ramai amat penting dalam membantu pihak polis membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah yang boleh mengancam keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

“Maklumat berkaitan kegiatan dadah boleh disalurkan kepada Balai Polis Bintangor menerusi talian 084-693222,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pengedar dadah di Kabong diberkas bersama 12 keratan straw berisi syabu
Next: Insiden penjara Taiping: Seorang anggota didakwa, lima berdepan tindakan tatatertib

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.