Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padah miliki dadah, lelaki tiada rekod jenayah lampau ditahan di Betong
  • JENAYAH

Padah miliki dadah, lelaki tiada rekod jenayah lampau ditahan di Betong

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG lelaki berusia 30 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di Betong hari ini. Foto: IPD Betong

BETONG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah di kawasan Betong, hari ini.

​Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek mengesahkan bahawa tangkapan tersebut dilakukan pada kira-kira 11.45 pagi selepas suspek dikesan memiliki bahan terlarang berkenaan.

Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Betong untuk tindakan lanjut. Hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Bagaimanapun, semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah sebelum ini.

​Kes kini sedang disiasat di bawah dua peruntukan undang-undang yang berbeza.

Bagi kesalahan memiliki dadah, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

​DSP Wan Mohamad Ali menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan gejala tersebut.

Sehubungan itu, pihak polis merayu kepada orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan dadah di Daerah Betong dengan menghubungi Balai Polis Betong di talian 083-472345 bagi membantu membanteras jenayah ini secara menyeluruh.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki 45 tahun ditahan bantu siasatan kes rogol di Kuching
Next: Pengedar dadah di Kabong diberkas bersama 12 keratan straw berisi syabu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.