Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah hampir musnah keseluruhan dalam kebakaran di Beluru
  • KEBAKARAN

Rumah hampir musnah keseluruhan dalam kebakaran di Beluru

Utusan Sarawak 5 hours ago
MUSNAH….Sebuah rumah jenis tidak kekal di Jalan Beluru, Miri musnah hampir musnah keseluruhan dalam kebakaran petang tadi.

MIRI: Sebuah rumah kayu di Jalan Beluru dekat sini hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, seorang penghuni lelaki berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran tersebut daripada Balai Polis Beluru pada 6.20 petang.

Menurutnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng yang ketika itu dalam perjalanan ke kawasan berhampiran bagi menjalankan khidmat khas pemusnahan sarang serangga berbisa telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk tindakan awal.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 6.38 petang dan mendapati rumah berukuran kira-kira 20 x 30 kaki itu sedang marak terbakar serta hampir musnah sepenuhnya.

“Pasukan kemudian membentangkan satu aliran sepanjang 400 kaki menggunakan satu nozel bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 6.40 petang dan operasi diteruskan dengan kerja-kerja pemeriksaan serta ‘overhaul’ bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bantuan daripada BBP Batu Niah yang digerakkan pada peringkat awal kemudiannya dibatalkan selepas kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan di lokasi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Motosikal terbakar dalam kemalangan di Jalan Lapangan Terbang
Next: Tindakan pantas orang awam cegah kebakaran premis perniagaan daripada merebak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.