Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kumpulan bersenjata bunuh datuk bandar di selatan Mexico
  • GLOBAL

Kumpulan bersenjata bunuh datuk bandar di selatan Mexico

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

MEXICO CITY: Kumpulan bersenjata membunuh datuk bandar sebuah pekan di selatan Mexico, menurut pendakwa raya tempatan hari ini, dalam serangan terbaru yang menyasarkan pegawai tempatan di negara itu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Penyerang bersenjata melepaskan tembakan ke arah Jose Angel Bravo Martinez, datuk bandar San Miguel Amatitlan di negeri Oaxaca, kata pendakwa raya. Pasukan keselamatan telah melancarkan operasi memburu penyerang dan mengerah anggota tambahan ke kawasan berkenaan.

Parti Tindakan Nasional (PAN) di bawah pimpinan datuk bandar tersebut mengecam pembunuhan itu, sambil menyatakan bahawa serangan ke atas pegawai yang dipilih secara demokratik merupakan serangan langsung terhadap keamanan, institusi dan kehendak rakyat.

“Kita tidak boleh menerima insiden seumpama ini sebagai perkara biasa dan tidak boleh membiarkan ketakutan menjejaskan penyertaan politik serta perkhidmatan awam. Keadilan dan kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan,” menurut parti itu dalam satu kenyataan.

Motif serangan masih belum jelas buat masa ini.

Datuk bandar dan pegawai kerajaan tempatan di Mexico kerap menjadi sasaran serangan, yang sering dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang.

Tahap keselamatan di Mexico kembali mendapat perhatian susulan pembukaan Piala Dunia di Mexico City pada Khamis lalu.

Pada Februari, lebih 70 orang terkorban dalam pertempuran yang tercetus selepas penahanan dan kematian seorang pemimpin kartel dadah yang berpengaruh. — Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Wanita maut ketika aktiviti terjun tali di Brazil
Next: Lelaki rugi 5 juta yen ketika mahu beli kereta melalui media sosial di Osaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.