Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 300 peserta jayakan Larian Senyap 5.0 di Sibu
  • SUKAN

300 peserta jayakan Larian Senyap 5.0 di Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Bukit Assek, Chieng Jin Ek merasmikan program Larian Senyap 5.0 di Dataran Tun Tuanku Bujang hari ini.

SIBU: Seramai 300 peserta memeriahkan program Larian Senyap 5.0 peringkat Sibu yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Pekak Sarawak di Dataran Tun Tuanku Bujang, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek berkata, sambutan yang diterima membuktikan bahawa masyarakat semakin menerima dan menyokong usaha mewujudkan komuniti yang lebih inklusif.

“Larian Senyap 5.0 membawa mesej yang jelas bahawa kekurangan upaya tidak bermakna seseorang itu tidak berkeupayaan.

“Komuniti pekak bukan sekadar golongan yang memerlukan sokongan, malah mereka juga mampu menjadi pemimpin, penganjur acara dan penyumbang kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Menurut beliau, nama Larian Senyap sendiri mempunyai makna yang mendalam kerana kesunyian tidak seharusnya dianggap sebagai kelemahan atau batasan.

Sebaliknya, katanya, ia melambangkan kekuatan, ketabahan, fokus dan perpaduan, selain menunjukkan bahawa komunikasi boleh disampaikan melalui pelbagai cara termasuk bahasa isyarat, ekspresi wajah dan bahasa tubuh.

Dalam pada itu, Chieng menggesa agar semangat inklusiviti terus diperkasakan dalam semua aspek kehidupan supaya setiap individu berpeluang mengembangkan potensi masing-masing.

“Apabila halangan dihapuskan dan sokongan diberikan, bakat serta keupayaan seseorang dapat berkembang. Jika kita bergerak bersama sebagai satu komuniti, kita mampu membina masyarakat yang lebih kukuh dan bersatu,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Victor Hii, Pengarah Festival WAK Donald Tan, Pengerusi Persatuan Sukan Pekak Sarawak Ko Ming Liang, Kaunselor Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Rory Wong dan Amelia Tiu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jaringan McGinn bantu Scotland catat kemenangan ke atas Haiti pada aksi Piala Dunia
Next: Mesir tidak besarkan isu perubahan jersi Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.